SEREMBAN – “Penyatuan dan kesepakatan adalah jalan penyelesaian kepada masalah umat hari ini yang diancam dari pelbagai sudut”.
Mengambil intipati dari ceramah yang disampaikan oleh YDP ISMA Seremban, Ustaz Hj Zamani bin Ibrahim berkata, kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam hari ini mestilah dipupuk.
Justeru menyukarkan agenda musuh untuk menghilangkan fungsi institusi agama dan mengubah Perlembagaan Negara bagi menubuhkan sebuah negara Sivil.
Katanya lagi, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bertujuan untuk membina jatidiri muslim yang jitu dan merapatkan saf-saf dalam kalangan umat Islam.
Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk terus menyatakan sokongan terhadap agenda yang dibawa oleh ISMA.
Beliau juga menegaskan bahawa ISMA adalah sebuah NGO yang berorientasikan dakwah dan tarbiah. Namun, ISMA juga akan memberikan pandangan yang kritis terhadap politik tanah air demi menjaga maslahah ummah mengikut maqasid syarak.
Ceramah itu yang disampaikan di Majlis Iftar Perdana di Masjid Jamek Dato` Bandar Rasah telah dihadiri kira-kira seramai 4oo orang masyarakat setempat.
Dalam ucapannya, Ustaz Zamani mewakili ISMA cawangan Seremban merakamkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa pengurusan masjid di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada ISMA sepanjang majlis dijalankan.
Amrah Zamani
Wartawan ISMA
Wartawan ISMA
0 Komentar untuk " ISMA pupuk kesepakatan & perpaduan dalam masyarakat hadapi agenda musuh "