SME Bank telah meluluskan pinjaman berjumlah RM1.3 bilion kepada 600 orang usahawan kecil dan sederhana bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Urusannya Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.
Beliau berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada RM2.5 bilion yang diperuntukkan bank untuk membiayai pinjaman kepada golongan usahawan tersebut sepanjang tahun ini.
"Paling banyak pinjaman yang diluluskan itu membabitkan usahawan yang melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, diikuti dengan lain-lain, termasuk bidang pengeluaran," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan zakat SME Bank kepada 274 daripada 500 golongan miskin kawasan Dewan Undangan Negeri Serom di Kompleks Sukan Pulau Penarek, Sungai Mati di sini.
Mengenai Skim Pinjaman Siswazah yang berminat melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Mohd Radzif berkata sebanyak RM50 juta diperuntukkan tahun ini dan sambutan daripada golongan berkenaan terhadap skim itu amat menggalakkan.
"Mereka boleh membuat pinjaman sehingga RM500,000 untuk menjalankan perniagaan sekiranya memenuhi syarat termasuk usia pemohon yang tidak melebihi 40 tahun," katanya.
Beliau berkata bank sentiasa memberi pertimbangan kepada pemohon lepasan Ijazah yang mempunyai idea inovatif terhadap sesuatu perusahaan dan perniagaan yang hendak dijalankan. - Bernama

0 Komentar untuk " SME Bank lulus pinjaman 600 usahawan "