DALAM satu sesi di Persidangan Wakaf Antarabangsa di Istanbul, Turki, pada Jun 2014, Datuk Syed Ali Al Attas, Presiden, Dewan Perdagangan Melayu Malaysia, mengingatkan sejarah pengaruh besar Turki ke atas dunia Melayu, terutama di Johor.
Turki menjadi ikon politik Johor sejak pengasas Johor moden, Sultan Abu Bakar, melawat Turki pada 1866, sehingga bendera rasmi Johor kemudiannya diganti, memakai corak bendera Turki dengan ditambah lataran biru.
Hubungan Turki dengan Johor lebih istimewa setelah Rogayah Hanim, wanita bangsawan Turki, berkahwin dengan bangsawan Johor. Rogayah Hanim dihantar Sultan Abdul Hamid, Khalifah Empayar Osmaniah, sebagai tanda persahabatan Khalifah dengan kesultanan Johor.
Rogayah melahirkan beberapa pemimpin ternama, termasuk Datuk Onn Jaafar, mantan Menteri Besar Johor, juga pengasas Umno; diikuti anak Datuk Onn, Tun Hussein, mantan Perdana Menteri Malaysia. Rogayah turut melahirkan beberapa tokoh intelek besar dan ahli ekonomi terkenal.
Islam mengatasi sekular di Turki
Hubungan istimewa antara Turki dan Johor terjalin rapat kerana kedua-duanya negeri Islam. Namun perubahan sejarah membuatkan Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk secara rasmi cuba membuang identiti Islam, setelah memilih perlembagaan sekular untuk Turki.
Justeru, sejarah perjuangan politik Islam Turki di bawah perlembagaan sekular bukan satu perjuangan mudah. Kedudukan Islam terancam setelah dasar anti agama dikuatkuasakan dengan tegas. Sebagai contoh, sekularisme Turki pernah melarang azan dilaungkan di masjid-masjid. Amal ibadah dan perayaan Islam rasmi ditegah dan dihalang, sehingga istilah Islam, Jihad, Khalifah dan seumpamanya diharamkan penggunaannya di Turki sampai ke hari ini.
Sekalipun iklim politik Turki agresif anti Islam, pejuang Islam Turki tidak putus asa dan dengan penuh hikmah dan bijaksana berjaya mempertahankan Islam. Hari ini Islam berjaya kembali berpengaruh, hasil perjuangan gigih dan berani pimpinan politik pro-Islam, sekalipun pada mulanya ramai tersingkir, dianiaya, dizalimi, ada yang dipenjarakan dan dibunuh golongan sekular. Sistem demokrasi amalan Turki akhirnya membuka luas peluang rakyat majoriti penyokong Islam memberi kuasa pemerintahan kepada parti pro-Islam mengatasi pengaruh ekstrem sekular, kembali menjadikan Islam teras budaya dan jati diri bangsa Turki.
Hari ini Turki pesat membangun, berpotensi menjadikannya negara Islam berkuasa ekonomi tinggi dan berpengaruh besar di dunia. Kebangkitan semula Turki pasti besar impak dan implikasinya. Ia turut memberi harapan baharu kepada masa depan seluruh umat Islam, kerana Turki pernah menjadi kuasa besar dunia menegakkan bendera Islam selama lebih 600 tahun di bawah pemerintahan Khalifah Osmaniah.
Paling menarik perhatian ialah kaedah Turki membela dan memperjuangkan Islam, kerap tanpa menggunakan istilah Islam sekali pun. Kejayaan Turki terdapat pada kecemerlangannya membudayakan roh Islam dalam kehidupan, mengintegrasikan Islam mengatasi dominasi kuasa sekular tanpa perlu bertindak ganas atau ekstrem agama seperti berlaku di negara Islam lain.
Tegasnya, kebijaksanaan pemimpin parti Islam moderat Turki menggunakan kuasa politik menegakkan Islam mengatasi ancaman sekular boleh dijadikan contoh oleh bangsa Melayu dalam mengintegrasikan Islam ke dalam kehidupan sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang pelbagai budaya dan nilai hidup.
Johor diancam sekularisme
Hubungan tradisional Turki dengan Johor membuatkan pengalaman Turki sangat relevan kepada pembangunan masa depan Johor. Lebih penting relevannya kerana Johor hari ini kelihatan semakin dipengaruhi fahaman sekular mengancam kedudukan
Melayu Johor beragama Islam, sekalipun tidak sehebat yang dilalui umat Islam Turki di bawah Ataturk.
Sekular mengikut pengertian Kamus Dewan, iaitu “yang berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan.” Unsur sekular meresap masuk menerusi doktrin ekonomi kapitalis melampau duniawi nafsu-nafsi anjuran Barat yang kita pakai dan amalkan.
Hari ini Melayu Johor paling tertekan dan tergugat, berasai masa depan diancam kepentingan asing, terutama apabila sebahagian tanah air Johor dengan mudah dijual menjadi milik orang lain. Hak dan kepentingan generasi depan Melayu Johor dicerobohi apabila golongan kapitalis membolot semua tanpa berupaya ditentang sesiapa.
Saya berpendapat Melayu dan umat Islam Johor sedang diserang hebat gaya hidup sekular yang pasti mengancam kedudukan ekonomi Melayu dan berpotensi memanah kuasa politik Melayu Johor satu hari nanti. Malah jika dibiarkan berleluasa, gaya hidup ini pasti merosakkan iman dan menghakis akidah meracuni jiwa Melayu Johor, akhirnya langsung memusnahkan identiti Islam Johor yang gigih diperjuangkan selama ini.
Justeru, semua pejuang Melayu Johor, terutama aktivis politik dan wakil rakyat yang dipilih, wajib bertindak dengan bijaksana mencontohi langkah Turki membanteras ancaman sekular berbahaya ini. Mereka perlu menerima hakikat bahawa tidak ada yang dapat mengatasi gaya hidup sekular membanteras kerakusan, selain Melayu Johor kembali berpegang teguh kepada nilai hidup Islam, memperjuangkan keadilan menentang kezaliman ekonomi dengan menegakkan amanah dan melaksanakan amar makruf serta nahi mungkar.
Hanya setelah Melayu Johor bangkit dengan jiwa khalifah mengetepikan semua kepentingan sempit peribadi dan nafsu-nafsi, menggantikannya dengan institusi Islam memperkasakan jemaah, barulah ancaman fahaman sekular terhadap Islam di Johor dapat diatasi.
Wakaf memperkasa Melayu Johor
Satu daripada kaedah paling berkesan mencontohi pengalaman Turki ialah dengan membudayakan semangat berkorban kepentingan peribadi, terutama dengan membudayakan amalan berwakaf.
Dua artikel yang saya tulis mengisi kolum sebelum ini bertajuk “Budaya wakaf di Turki” dan “Bangunkan umat berjiwa khalifah” fokus kepada kejayaan hebat umat Islam Turki menentang sekular dengan membudayakan wakaf dan membangun semangat pengorbanan.
Tiba masanya Johor sekali lagi mencontohi Turki, kali ini dalam perjuangan membudayakan semangat pengorbanan Islam. Justeru, organisasi Johor sedia ada bertanggungjawab melindungi hak dan kepentingan jemaah rakyat dan kepentingan generasi masa depan Melayu Johor, seperti Johor Corporation dan GLC Johor lain seumpamanya, wajib dilindungi daripada dicerobohi, disalahgunakan, difaraidkan atau diswastakan kepentingan bisnes miliknya.
Semua saham kumpulan JCorp bernilai berbilion ringgit dalam syarikat anak dan sekutu milik Melayu Johor wajar diwakafkan kepada Waqaf An Nur Corporation Bhd, iaitu Waqaf Korporat yang ditubuhkan oleh JCorp.
Menerusi wakaf semua saham, aset, harta, sumber dan bisnes strategik milik JCorp berkekalan menjadi milik ALLAH SWT, terlindung dan terselamat daripada ancaman penswastaan atau difaraidkan oleh sesiapa. Melalui wakaf manfaatnya pasti melimpah kembali kepada bangsa Melayu dan umat Islam serta semua warga turun-temurun.
Semua aset wakaf juga dijamin kekal diterajui Melayu Johor, sekali pun andainya teraju pemerintahan Johor bertukar tangan.
Kesimpulannya, mewakafkan JCorp kepada WANCorp, disusuli kemudiannya dengan mewakafkan aset dan sumber strategik lain milik kerajaan Johor satu kaedah terbaik mengatasi fahaman sekular berbahaya daripada berleluasa menular merosak dan meracuni kehidupan.
Wakaf, terutama Waqaf Korporat kaedah terbaik mengelakkan berlakunya konflik antara Melayu Johor. Konflik dan keganasan boleh tercetus andainya pemimpin kerajaan Johor gagal membanteras gejala sekular rakus, iaitu isu paling membimbangkan rakyat Melayu Johor.
Jika kerajaan terus tidak berbuat apa-apa, pilihan terakhir rakyat Melayu Johor ialah bertindak mencontohi kejayaan gerakan Islam di Turki, menerusi kaedah proses demokrasi. Mereka wajib gunakan kuasa mutlak undi majoriti di tangan menolak Superman sekular menjelang PRU nanti.

0 Komentar untuk " Johor wajar contohi Turki "