PENSTRUKTURAN semula Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang diumum Perdana Menteri baru-baru ini memberi fokus baharu kepada pihak bertanggungjawab untuk memerangi para penceroboh.
Pada mulanya kita lihat penubuhan Esscom bakal disulami kejayaan kerana ia dianggotai oleh pihak keselamatan yang selama ini memang berpengalaman luas dalam hal ehwal memerangi keganasan.
Tetapi, beberapa insiden yang berlaku selepas peristiwa Lahad Datu tempoh hari telah menyebabkan Esscom dilihat lemah dalam menghadapi manipulasi serta strategi pihak pengganas.
Maknanya, pihak pengganas dari selatan Filipina mengambil pendekatan lebih strategik dalam menyerang, menculik dan mencabar kekuatan pasukan keselamatan. Ternyata mereka sudah tidak lagi beradab.
Kalau terdahulu serangan dibuat waktu siang, kini operasi mereka berlaku pada sebelah malam seperti berlaku minggu lalu di sebuah resort di Pulau Mabul dekat Semporna.
Malah seperti didedahkan PM baru-baru ini, pihak pengganas mempunyai kelengkapan serta dibekal dengan maklumat dalaman. Lebih menyedihkan mereka memperoleh maklumat terkini daripada tali barut terdiri daripada orang-orang kita sendiri.
Sudah pasti selagi kegiatan mereka tidak disekat dan gerakan mereka ditewaskan, selagi itulah keselamatan kita tergugat serta industri pelancongan di Sabah akan merosot.
Dalam insiden sejak Oktober tahun lalu, pengganas menculik enam orang di perairan timur Sabah termasuk tiga pelancong asing dan juga ahli perniagaan. Pada Mei lalu, seorang penternak ikan diculik di Pulau Baik, Lahad Datu manakala pada April pula, seorang pelancong China dan pekerja di sebuah resort.
Kegiatan serangan dan penculikan berlaku selepas serangan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula pada 11 Februari 2013 yang menyaksikan kematian 56 musuh, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan dan enam orang awam terkorban. Penubuhan Esscom secara rasmi pada Mac tahun lalu diharap sebagai pemangkin.
Satu lagi tragedi berlaku minggu lalu di mana dua anggota polis marin diserang di sebuah resort di Pulau Mabul. Dalam insiden itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala, Konstabel Zakia Aleip, 26, diculik dan dilaporkan berada dalam tawanan pengganas.
PM bertindak cepat dengan mengumumkan penstrukturan semula Esscom melantik Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Abd Rashid Harun mengetuainya. Soal memerangi keganasan merupakan bidang tugas polis dan Rashid dijangka mempunyai kelebihan dalam soal-soal taktikal dan strategi.
Sebenarnya sesiapa sahaja termasuklah pembangkang tidak harus melihat apa yang berlaku di Sabah dalam masa terdekat ini sebagai satu kegagalan PM atau menteri-menteri berkenaan. Dalam soal memerangi keganasan, sejarah menunjukkan kita tidak ada jalan pintas.
Masa dan pengorbanan jalan bergandingan. Satu contoh ialah kita pernah melalui zaman paling gelap semasa negara diisytiharkan perintah darurat bermula pada 1948. Ia memakan masa 12 tahun sebelum kita berjaya menghapuskan komunis.
Soal menangani isu ini tidak semudah macam menangkap penjual mercun di pasar malam. Dalam kes penjualan mercun pihak berkuasa boleh mencekup pesalah kerana ia melakukan kegiatan secara terbuka.
Sebab itu kritikan yang datang daripada pembangkang memang diduga kerana sesungguhnya inilah sikap lumrah mereka daripada menyumbang tenaga dan pemikiran.
Sejak peristiwa Lahat Datu, pihak keselamatan telah mengguna pakai pelbagai strategi untuk mengekang insiden ini agar tidak lagi berulang. Kejayaan yang dicatat adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak mendabik dada.
Ini kerana pihak pengganas yang berpusat di selatan Filipina mempunyai pengalaman dan networking yang jauh lebih baik mengambil kira pengalaman “berperang” dengan tentera Filipina berdekad lamanya.
Selain lautan yang begitu luas bagi memudahkan modus operandi mereka, pihak pengganas mempunyai akses kepada maklumat melalui ejen-ejen yang bersimpati dengan mereka.
Kita tidak boleh menafikan ramai warga Filipina datang ke sini semata-mata mencari rezeki, tetapi agak malang terdapat segelintir yang bersifat talam dua muka.
Dalam situasi terbaharu ini kerajaan perlu menimbangkan permintaan beberapa pihak termasuk Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar agar pihak keselamatan diberi kebenaran melaksanakan SOP “tembak apabila nampak.”
Hakikat sebenar kerajaan mempunyai kelengkapan logistik dan ketenteraan jauh lebih baik dan lebih canggih, malah dalam konteks apa sekalipun mereka sudah bersedia untuk melakukan “serangan balas” jika perlu. Kita yakin pihak keselamatan boleh mengulangi rekod-rekod lampau sekali lagi.

0 Komentar untuk " Selamatkah lagi Sabah? "