NENEK moyang kita sejak dulu sudah mengingatkan, hati-hati bila berkata. Kalau tersilap cakap buruk padahnya. Seperti yang selalu dipesan kepada anak-cucu, menerusi peribahasa: ‘Sebab mulut badan binasa’.
Kalau nenek kita hidup pada era ICT sekarang, pasti dia akan menukar bidalan tersebut sesuai kecanggihan siber. Pasti peribahasa kuno itu disuntik nilai-nilai teknologi terkini, dan menjadi: ‘Sebab Facebook jiwa terseksa’.
Tetapi, cucu-cicit moden tidak mengambil berat nasihat nenek. Seperti yang terbukti sekarang FB, Twitter – juga lain-lain laman sosial – sudah menjadi medan untuk meluahkan isi hati, mengenai apa sahaja.
Maka apabila amarah sudah menguasai sanubari, dan emosi melampaui naluri, kata-kata pun tidak terkawal lagi. Sebab itu jika melayari internet setiap hari kita akan tersentap dengan kata-kata keterlaluan yang dimuatkan dalam laman sosial.
Tidak kira orang terpelajar, tokoh agama, pemimpin parti, tok bomoh, orang bisnes, hatta budak-budak yang baru mengenali ruang siber, mereka secara sengaja atau tidak sengaja telah mencaci, mengumpat, memfitnah, mencarut.
Dulu-dulu sepatah perkataan tidak senonoh yang diucapkan mungkin didengar oleh hanya satu atau dua orang, atau paling banyak pun dalam kalangan para jemaah yang solat di surau.
Tetapi menerusi FB, Twitter dan sebagainya sepatah perkataan kesat akan tersebar serentak kepada audiens yang begitu ramai. Sekiranya yang kesat-kesat itu dimuat naik, dan dikongsi pula dengan rangkaian laman-laman sosial, beribu-ribu orang akan mengetahuinya.
Ambil contoh yang terjadi sehari dua ini, kata-kata ‘balik tongsan’ segera mewujudkan rasa tidak selesa kepada pihak tertentu, dan menjadi perdebatan berlarutan di alam maya.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang menyebut kata-kata berkenaan menerusi Twitter telah dihentam oleh seteru-seterunya, dan menganggap beliau sebagai rasis.
Beliau menegaskan kata-kata tersebut, yang ditujukannya kepada isteri seorang anggota Parlimen DAP, tidak bermaksud untuk menghina. Reaksi terhadap kata-kata tersebut berjela di maya, dan hentaman juga cacian terhadap beliau sesetengahnya amat tidak patut.
Malah anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming dengan emosi luar biasa menuntut tindakan disiplin dikenakan terhadap Razlan kerana menulis tweet ‘balik tongsan’.
Pada hal Razlan hanya membalas posting awal Tan Poh See, isteri kepada seorang YB DAP, yang seperti memperlekeh Malaysia dalam kes MH17. Tan menulis dalam laman sosial: “Malaysia sebuah negara menakutkan, apa jenis negara tak guna ini?”
Sebuah pesawat kita terhempas ditembak, 298 nyawa termasuk rakyat kita terkorban. Beratus keluarga dan sanak-saudara berduka nestapa, dan ada warga kita sendiri mengulas di laman sosial dengan kata-kata yang amat menggores perasaan. Di mana sensitiviti kita sebagai insan?
Memang Tan telah menarik balik tulisan tersebut, dan memohon maaf. Tetapi seperti yang dipesankan oleh datuk nenek kita dulu-dulu: ‘Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya...’
Tetapi kita selalu terlajak kata ketika menulis dalam laman sosial. Hanya seminggu sebelum isu ‘balik tongsan’, satu insiden telah menjadi ‘viral’ di laman sosial. Seorang wanita berusia 30 tahun telah memaki hamun seorang warga emas yang keretanya bergesel dengan kereta baharu milik wanita berkenaan.
Memanglah tindakan wanita tersebut tidak patut. Keangkuhan dan kekasarannya menghentak kereta warga emas dengan pengunci stereng, tidak langsung mencerminkan kelembutan gadis Melayu, Islam pula.
Dia akhirnya menyedari keterlanjurannya dan meminta maaf kepada warga emas bangsa Cina yang dipanggil ‘uncle’. Atas semangat muhibah dan menghormati Ramadan, ‘uncle’ sendiri telah bersalaman dan memaafkan wanita berkenaan.
Tetapi, di laman sosial, wanita yang kini mendapat jolokan ‘si pengunci stereng’ telah dimaki hamun dengan kata-kata yang seribu kali lebih kesat. Meneliti cacian yang keterlaluan itu, seolah-olah wanita berkenaan tidak bernilai walau setengah sen pun.
Kita boleh menghentam untuk mengingatkan, tetapi bukan maki-hamun untuk menjatuhkan. Kadang-kadang orang boleh menilai kelakuan, pekerti dan latar belakang kita menerusi kata-kata tidak manis yang kita luahkan di laman sosial.
Tidak kira ‘hari baik bulan baik’ atau hari-hari biasa, jagalah perkataan kita. Sebab mulut kita adalah cermin diri kita.

0 Komentar untuk " Sebab Facebook jiwa merana "