SALAH satu soalan yang saya biasa ditanya oleh penganut bukan Islam ialah tentang puasa ialah, “Mengapa mulut penganut Islam bulan ini berbau busuk? Adakah memang sebahagian dari rukun puasa membiarkan mulut berbau busuk?”
Ramai agamawan akan bangga menjawab bahawa mulut berbau busuk itu bakal wangi di syurga nanti! Mulut orang kafir yang berbau wangi akan bakal menjadi busuk di neraka nanti!
Penganut bukan Islam mungkin akan terfikir, “Patutlah mulut ramai aktivis Islam sentiasa menyalahkan penganut agama lain bila penganutnya murtad!”
Ramai agamawan memahami agama sebagai adat tradisi. Hujah agama adalah hujah tradisi. Kalau tradisi kata biar mulut busuk di bulan Ramadan, maka ini adalah agama. Tidak boleh tak setuju kerana ini adalah hukum agama.
Ini adalah Islamik. Bila seorang ilmuwan yang berani seperti Dr Maza mengkritik hukum tradisi ini dan mengatakan bahawa digalakkan berus gigi semasa puasa, sudah tentu beliau dilabel sebagai Wahabi. Apa itu Wahabi? Mereka yang berbau wangi mulutnya di bulan Ramadan?
Saya teringat seorang agamawan yang tidak terurus pakaiannya memberi alasan ini, “Jangan obses dengan pakaian kerana dunia adalah penjara bagi umat Islam. Pakaian Islamik ialah pakaian yang menutup aurat.” Dia tak sedar bahawa pakaian banduan penjara lebih kemas daripadanya! Tetapi ini adalah kononnya tradisi zuhud.
Ada pula sebahagian wanita yang begitu obses dengan uniform dan fesyen pakaian, lalu berkata, “Dulu sebelum saya bertudung, saya rasa maruah diri saya tergadai.
Sekarang bila saya berpakaian Islamik, saya rasa dihormati dan diri saya menjadi amat bernilai.” Bila dipanggil memberi ceramah, wanita-wanita berpakaian ‘Islamik’ ini meletakkan nilai harga dirinya RM3,000-RM5,000 untuk ceramah sejam walaupun tempat ceramah dekat kediamannya! Ini adalah tradisi komersial yang wajib dipatuhi.
Kita lihat tradisi menjawab soalan SPM tentang apakah itu puasa: “Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan melakukan perbuatan yang membatalkan puasa.” Sekarang bayangkan seseorang itu menentang memberi makan kepada gelandangan dalam bulan Ramadan.
Perbuatan ini tidak membatalkan puasa tetapi apakah impaknya terhadap maruah Islam sebagai agama rahmat?
Apabila Brazil kalah teruk yang memalukan di tangan Jerman dalam perlawanan bola sepak dunia tahun ini, ramai yang kata, “Ini adalah kerana pemain utama Brazil, Neymar, cedera dan tidak dapat bermain.”
Tetapi adakah punca kekalahan sebanyak 7-1 itu hanyalah terletak pada kehilangan seorang pemain utama atau pakaian kurang menutup aurat? Bagaimana dengan teamwork?
Tanpa teamwork, pakailah jersi Brazil yang paling mahal kainnya pun tidak berguna. Brazil tetap kalah teruk. Tanpa teamwork dalam kalangan umat Islam, adakah umat Islam mampu berjaya dalam dakwah dengan hanya sekadar berpakaian zuhud atau berpakaian tudung yang berfesyen?
Roh Ramadan adalah memupuk teamwork, di mana kita sama-sama rasai kelaparan dan kehausan manusia sejagat. Saya hargai NGO Soup Kitchen yang memberi makan kepada yang lapar dan haus kerana sedekah yang mulia ini tidak akan berjaya tanpa teamwork dalam kalangan aktivis Soup Kitchen.
Apabila kita memberi makan, bukan sekadar memberi makan kepada orang lain, tetapi kita memberi makan rohani kepada diri sendiri. Makanan rohani yang bernama ukhuwah atau teamwork.
Kita sama-sama solat dan kita sama-sama berpuasa dan kita sama-sama menolong. Kalau umat Islam seluruh dunia faham roh Ramadan ini, kita akan mampu bersatu menghapuskan zionis sekelip mata!
Mungkin kita akan menang bola sepak dunia yang akan datang!
Ringkasnya, puasa bukan sekadar menahan diri daripada melakukan perbuatan yang membatalkan puasa, tetapi juga membuat penilaian semula terhadap tradisi yang kita pegang selama ini supaya puasa menjadi perisai pembangunan diri dan umat.
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Roh Ramadan memupuk ukhuwah "