RAPID Bus Sdn Bhd melancarkan penggunaan Kad MyRapid dalam bas-bas RapidKL bermula kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, walaupun penggunaan sistem tiket tanpa tunai (CBTS) disediakan sekarang dengan penggunaan kad Touch n Go, peratusan penumpang yang menggunakan sistem tanpa tunai amat rendah pada tahap 10 peratus.

“Baki 90 peratus masih guna wang tunai. Kami mahu ubah trend ini dan galakkan penggunaan kad. Kami yakin mampu melakukannya dengan Kad MyRapid,” katanya.

Menurutnya, CBTS memberi impak besar dalam aspek kekerapan dan ketepatan masa kerana urusan naik bas lebih lancar disebabkan tiada urusan pertukaran wang.