Masalah umat di Malaysia, pada kurangnya toleransi atau terlebih toleransi? Pada kurangnya harmoni atau hilangnya rasa respek kepada empunya tanah ini? Pada korupsinya sesebuah kerajaan atau langkah seterusnya bagi sebuah bentuk ‘civilised’ penjajahan?
Saya lihat, yang ada hanyalah terlebih toleransi, hilang rasa hormat pada identiti kenegaraan Islam dan perlembagaan yang memihak kepada Islam, serta langkah-langkah yang sedang diatur demi sebuah penjajahan yang dilihat ‘civilised’.
Adakah keharmonian itu;
1. Menghapuskan hak istimewa orang Melayu (sebagai tuan tanah dan peneraju masa depan tanah ini)
2. Menghapuskan identiti keislaman negara (membentuk negara sekular)
3. Mengiktiraf amalan LGBT
4. Meng’harus’kan murtad
5. Menghapuskan institusi sultan dan jabatan agama
Setakat yang saya sedar dan lihat, geng-geng liberal dan hak asasi yang ada dalam coalition (Negara-Ku) itu, kesemuanya bersepakat atas perkara ini. Jika pengundian berlaku, satu-satunya geng islamis yang mukhlis itu yang tidak setuju dengan dasar tertentu, pastinya kalah kerana mereka berpegang pada demokrasi.
Jadi apa keharmonian yang islamis harapkan daripada tahaluf ini? Takkan sentimen sayangkan bangsa sendiri pun nak dihapuskan? Takkan sentimen orang Melayu mesti memimpin negara nak dihapuskan? Takkan sentimen ‘Malaysia sebuah negara Islam’ nak dihapuskan?
Habis itu apa yang nak diperjuangkan sangat?
Sedar ke tidak? Nak bertahaluf dengan penjajah atau ‘puppet’ / talibarut penjajah buat apa?
Apa hukumnya bersahabat (atau bersubahat) dengan talibarut bahkan bersama menjayakan agenda penjajahan mereka?
Jika tak tahu, belum sedar atau belum faham keadaan sebenar, mereka wajib mengkaji dan bertanya pada orang yang mengetahui hingga jelas bahawa tiada syubhat penjajahan ke atas negara Islam berlaku.
Jika dah ditegur dan disedarkan, sekiranya mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan, maka mereka mesti isytiharkan ‘baraah’ (pelepasan diri mereka) daripada persahabatan itu.
Jika mereka selepas ditegur, disampaikan dengan cara yang sepatutnya, dimaklumkan hukum hakamnya, masih lagi tak mahu dengar dan tak mahu insaf, hanya semata-mata teguran itu bukan daripada ahli kumpulan mereka, atau mereka mahu menyembunyikan hasrat berbentuk habuan politik lalu membelakangkan prinsip syarak, maka mereka berdosa atas sebab menolak kebenaran dan bersama-sama dengan kebatilan bahkan memperkukuh institusi kebatilan (jahiliyah) walaupun nama mereka adalah Islam.
Hukum dunia bagi golongan yang terakhir ini, jika cukup syaratnya dan mendapat pengesahan daripada ulamak muktabar secara jamaie, sudah layak diberikan amaran keras, dan boleh sampai dipenjarakan.
Mereka membawa kerosakan yang lebih besar daripada talibarut dan penjajah itu tadi, kerana kekeliruan jenama Islam atau yang bersangkut paut dengannya itu serta ahli organisasi mereka itu tampil kepada masyarakat sebagai figur-figur yang dikenali sebagai pembawa Islam.
Hukuman akhirat, serahkan saja pada Allah SWT. Allah melarang orang beriman untuk berwala’ (bersahabat) dengan orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, barangsiapa yang berwala’ dengan mereka, maka dia adalah daripada kalangan mereka.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah jadikan musuh Aku dan musuh kamu sebagai teman rapat/pemimpin (awliya’). Kamu memberikan kasih sayang kepada mereka sedangkan telah kufur (ingkar) dengan apa yang telah sampai pada kamu (keterangan Islam) dari bentuk kebenaran, mereka telah menghalau Rasulullah SAW dan dirimu sendiri, hanya semata-mata kamu beriman kepada Allah sebagai Tuhan kamu.
(Janganlah lakukan perkara ini) sekiranya kamu ingin keluar berjihad pada jalan-Ku, dan demi semata-mata mencari keredhaan-Ku, dan kamu pula menyembunyikan rasa kasih kepada mereka, sedangkan Aku lebih mengetahui terhadap apa yang kamu sembunyikan dan jaharkan.
Maka barangsiapa yang lakukan perkara tersebut (berwala’ kepada musuh Allah), maka dia telah sesat dari jalan yang lurus” – Surah Al-Mumtahanah, ayat 1.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Aktivis ISMA Mesir
Pelajar Sarjana Universiti Al-Azhar
http://www.ismaweb.net/2014/07/negara-ku-keharmonian-atau-muslihat-penjajah/

0 Komentar untuk " Negara-Ku: Keharmonian atau muslihat penjajah? "