TAHUN ini, satu gejala baharu berlaku. Lagu raya sudah diputarkan di pasar raya sejak hari pertama Ramadan lagi di tempat tinggal saya di Kuala Lumpur! Memang rasa konflik dalaman kerana hari pertama berpuasa dah rasa nak raya.
Sekarang tinggal beberapa hari lagi sahaja untuk raya seolah-olah Ramadan bukan sekadar bulan mengawal nafsu, tetapi juga bulan menguji kesabaran kita menanti ketibaan hari raya.
Semua media begitu rancak memainkan lagu-lagu hari raya. Jalan raya sesak luar biasa di Kuala Lumpur kerana kesibukan membeli baju raya dan balik kampung. Pelajar-pelajar saya masuk kelas pun dengan mood raya. “Mengapa tiada yang jawab soalan saya?”, saya tegur setelah 10 minit menunggu jawapan daripada pelajar-pelajar saya yang nampak hadir tapi macam tak hadir. “Kita dalam kelaslah. Bukan kampung! Belum raya lagi.”
Tetapi soalan yang paling mencabar bukan datang daripada pelajar-pelajar Melayu saya di universiti. Tetapi datang daripada seorang gadis 18 tahun yang baharu sahaja memeluk Islam.
“Xifu, saya tak tau raya mana,” kata Siew Mei dengan nada mengeluh. “Kedua-dua ibu bapa saya bukan penganut agama Islam. Bahkan, kalau mereka tau saya memeluk Islam, sudah tentu mereka akan halau saya keluar rumah di hari raya!”
Seorang kawan Melayu rasa simpati pada Siew Mei, lalu mencadangkan Siew Mei agar beraya di kampungnya. “Nanti saya bawa Siew Mei ke kampung saya. Kita beraya bersama-sama ya,” kata Aminah, pelajar saya yang berbangsa Melayu ini dengan penuh semangat raya.
Maka saya jelaskan, “Aminah, apa rasa kamu jika tahun ini, kamu bukan beraya di kampung sendiri di Johor? Tapi kamu beraya di kampung seorang kenalan baharu di Kelantan.”
Aminah jawab, “Tak bestlah, Xifu. Raya di kampung sendirilah best.”
Saya tersenyum, “Tau pun. Beginilah rasa Siew Mei apabila kamu jemput dia beraya di kampung kamu sendiri. Dia tak rasa kemeriahan raya seperti yang kamu rasa. Itu bukan kampung dia.”
Aminah berhujah, “Tapi Xifu, kita ini saudara Muslim. Mengapa pula tak rasa raya? Kampung saya semua Muslim. Kampung saya boleh jadi kampung Siew Mei juga! Kita semuakan keluarga Muslim.”
Aminah adalah seorang pelajar Melayu yang sangat simpati dengan saudara baharu seperti Siew Mei. Tetapi dia tak pernah rasa perasaan seorang saudara baharu yang selama ini menyambut raya Cina dengan keluarga. Aminah melihat sebagai Melayu.
Siew Mei, walaupun sudah peluk Islam dan berpuasa Ramadan, dia tetap seorang Cina. Sekarang, tiba-tiba Siew Mei akan menyambut “raya Melayu” yang sangat asing baginya. Makanan pun makanan Melayu. Pakaian raya pun pakaian Melayu, lagu raya adalah lagu Melayu, hatta logo raya pun ketupat Melayu, bukan dim sum Cina.
Kampung Melayu, walau bagaimana meriah pun beraya, tetap tidak sama dengan kampung Cina bagi seorang saudara baharu Cina. Seorang saudara baharu tetap tiada istilah balik kampung pada hari raya. Kampungnya ialah keislamannya, pengorbanannya dan kesungguhannya meletakkan kebenaran atas budayanya dan ego dirinya sendiri.
Maka, raya bagi seorang saudara baharu adalah kemenangan mengawal nafsu dan marahnya pada bulan Ramadan. Hadiahnya ialah solat raya. Dengan penuh semangat, dia bersiap untuk bertakbir raya dan solat raya. Kita harap khutbah raya mencerminkan semangat kemenangan ini.
“Xifu, saya tak nak pergi mana-mana pada hari raya.” kata Siew Mei yang berasal dari Ipoh, baharu berhijrah ke Kuala Lumpur sejak peluk Islam April lepas. “Saya nak rehat di rumah sahaja walaupun seorang diri. Saya nak belajar masakan-masakan yang baharu. Masakan Korea pula.”
“Wah! Bestnya, kita hidang makanan Korea di hari raya,” saya sahut. “Jom, kita kumpulkan semua saudara-saudara kita di Kuala Lumpur dan kita tukarkan mood raya satu bangsa kepada mood raya satu aqidah, sejuta wajah!”
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Kenapa kurang mood raya, Siew Mei? "