SHAH ALAM - “Peniaga makanan perlu faham konsep perniagaan dalam Islam,” demikian respons Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan isu penjualan makanan tercemar di Bazar Ramadan yang dilaporkan baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai peniaga yang beragama Islam adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan barangan yang dijual adalah menepati kehendak Islam dan bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
“Peniaga perlu ubah sikap. Sebagai peniaga Muslim sepatunya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam
“Misalnya makanan perlu bersih, halal dan yang paling penting mereka (peniaga) perlu mencari keberkatan dalam perniagaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Nadzim berkata demikian bagi mengulas insiden adik-beradik yang dikejarkan ke hospital malah salah seorang daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas dipercayai menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan, di Sri Muda, Ahad lalu.
Selasa lalu, tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, insiden seumpama itu dapat diatasi sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menekankan kepada peniaga agar lebih amanah dalam menjalankan perniagaan apatah lagi di bulan Ramadan.
“Salah satu cara menangani perkara ini bagi saya ialah PBT perlu lebih kerap membuat pemantauan. Tekan mereka (peniaga) agar menjadi peniaga yang amanah,” katanya.
Nadzim turut berkongsi kisah apabila beliau sendiri pernah mendapat laporan seorang pengguna yang terkena jangkitan kencing tikus selepas membeli air berkenaan di bazar Ramadan.
“Bayangkan akibat kurang menitikberatkan aspek kebersihan, seorang peminum air tebu terlantar di ICU, puncanya penjual air tebu tersebut tidak membersihkan dahulu tebu tersebut.
“Selepas dibuat pemeriksaan, rupa-rupanya tebu tersebut telah terkena air kencing tikus,” katanya.

0 Komentar untuk " Fahami konsep perniagaan dalam Islam "