25 Jun lepas Wisma Putra melaporkan, dianggarkan sebanyak 15 rakyat Malaysia terbunuh dalam konflik di Syria, selepas terlibat dengan perjuangan The Islamic State of Iraq in the Levant (ISIL) di negara tersebut.
Sebuah lagi akhbar tempatan juga melaporkan tentang penglibatan seorang lagi rakyat Malaysia dari Selangor yang telah menjadi pengebom berani mati dalam konflik tersebut.
Sebenarnya, tragedi sebenar adalah bila kita memikirkan tentang anak-anak yang tidak berdosa, namun membayar dengan nyawa apabila dilibatkan dalam konflik yang tidak kita ketahui bilakah penghujungnya.
Saya berpeluang mendengar keluhan mereka menerusi sesi pembentangan yang diberi Abim berserta Malaysia Lifeline for Syria yang juga melibatkan seorang warga Syria yang mengingatkan saya berserta ahli-ahli Parlimen lain agar jangan melupakan anak-anak, wanita serta mereka yang menjadi mangsa peperangan di Syria yang tidak berkesudahan. Mereka memerlukan dukungan dalam membina semula institusi pendidikan dan kebajikan - lebih-lebih lagi buat anak-anak yang tidak bersekolah dan kehilangan tempat tinggal sejak konflik berlarutan dalam tiga tahun ini.
Ternyata, Syria merupakan sebuah tragedi kemanusiaan, jangan sampai kita diheret terlibat dalam perbincangan terorisme.
Hal ini lebih menekan memandangkan Malaysia pernah mempengerusikan badan negara-negara Islam yang paling utama di dunia iaitu Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC). Kita sepatutnya mampu untuk ambil langkah lebih proaktif dan ke depan tangani tragedi sebegini.
Jangan dilupakan, rejim Presiden Bashir Assad telah melakukan pelbagai kekejaman, seperti serangan senjata gas kimia beracun ke atas rakyat Syria di Ghouta pada 21 Ogos 2013, di mana dianggarkan kira-kira 1,429 orang terbunuh. AS yang pada awalnya mengugut untuk ambil tindakan ke atas kezaliman yang melibatkan kerajaan Syria sendiri, akhirnya melepaskan Presiden Assad tanpa tindakan susulan.

Kumpulan 'pejuang' ISIL juga, yang tidak kurang kekejaman mereka - dan juga dijadikan lawan oleh pembangkang dan jihadis.
Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan, pejuang-pejuang ini mengadakan pembunuhan beramai-ramai. Tanpa belas kasihan, menembak kejam tahanan-tahanan mereka.
Apakah benar perjuangan ini sekiranya mereka langsung kehilangan sifat kemanusiaan yang cintakan keamanan, dan berbuat baik sesama manusia, walaupun mereka yang ditangkap itu adalah musuh? Apakah mereka ini lupa akan sifat penyayang yang ditunjukkan Rasulullah SAW kepada tahanan-tahanan perang yang ditangkap oleh tentera Islam satu ketika dulu?
Diriwayatkan dalam Hadith Bukhari bahawa “Selepas Perang Badar, para tawanan perang dibawa, di antara mereka adalah Al-Abbas bin Abdul Muthalib. Dia tidak punya baju, jadi Nabi mencari kemeja untuknya. Ternyata kemeja Abdullah bin Ubayy memiliki ukuran yang sama. Selanjutnya, Nabi (SAW) memberikannya kepada Al-Abbas untuk dipakai.”
Faktor belas kasihan ini adalah salah satu yang memberikan kekuatan kepada umat Islam pada ketika itu. Tawanan perang yang dilepaskan kembali ke keluarga masing-masing bercerita tentang kebaikan Islam dan seterusnya telah menarik lebih ramai kaum Arab pada ketika itu untuk memeluk agama Islam.

Kembali kita ke krisis di Syria. Bayangkan sehingga sekolah yang dibantu didirikan Malaysia Lifeline for Syria dibom di Aleppo awal bulan ini; 30 nyawa kanak-kanak sekolah, yang sedang sibuk bersiap untuk Majlis Terima Kasih buat Malaysia - hilang dalam satu detik.
Tugas kita yang utama ialah untuk memastikan anak-anak mereka selamat, dan mendapat pendidikan secukupnya bagi membantu mereka keluar dari kemelut melanda. Kita jangan mudah terpengaruh dengan 'perjuangan' ISIL atau ISIS ini; atau retorik terorisme ala Barat.

Masih banyak yang boleh dilakukan selain mempertaruhkan nyawa kita. Sebagai umat Islam, adalah lebih penting bagi kita menunjukkan persaudaraan antara satu sama lain dengan memberikan bantuan kemanusiaan, demi anak-anak Syria generasi mendatang.
Kita tidak mahu mereka yang membesar dalam konflik ini digelumangi dengan keganasan, kedaifan - tanpa ilmu pendidikan sebagai persediaan masa depan - kesemua ini bakal kekalkan mereka dalam lingkaran keganasan sedia ada

0 Komentar untuk " Ada apa dengan terorisme? "