ANTARA resolusi Perbincangan Meja Bulat (PMB) mengenai transformasi sistem pendidikan pondok di negara kita di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, baru-baru ini ialah menubuhkan Kursi Ilmu Thurath.
Cadangan ini dibuat oleh sekitar 50 peserta yang terdiri daripada ulama beberapa pondok tempatan dan luar negara, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), para akademik, wakil beberapa kementerian dan agensi termasuk majlis dan jabatan agama negeri, jabatan Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta wakil-wakil NGO.
Umumnya, panelis bersetuju bahawa kursi ini diisi oleh tokoh berwibawa yang mahir ilmu thurath serta berkeupayaan meningkatkan ilmu pengajian pondok dari segi penyelidikan, penghayatan dan penerbitan.
Beliau mestilah seorang pakar agama yang diiktiraf dan mampu memimpin bagi menghasilkan banyak bahan akademik yang bermutu tinggi agar dijadikan sumber kepada penyelidik dan pengkaji lain.
Ilmu thurath haruslah diintegrasi berasaskan al-Quran dan as-Sunnah serta ilmu mu’asir, naqli dan aqli, teori dan amali dalam pemupukan budaya ilmu.
Pare panelis sependapat, penubuhan kursi ini mampu mengubah senario dan persepsi masyarakat mengenai sistem pengajian pondok.
Sekali gus, ia merealisasikan kesinambungan pengajian pondok ke pengajian tinggi, selain perkongsian pintar antara dua sistem pengajian dan mengarusperdanakan sistem nilai yang wujud di pondok.
Sebenarnya, perkara yang sama sudah dibincang lebih awal antara YPPM dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa skop, agenda kursi ini boleh ditentukan bersama, manakala pemegang kursi ini juga perlu proaktif dan berkemampuan mengendalikan aktiviti dan majlis bertaraf antarabangsa.
Lebih baik jika beliau seorang yang bersanad tinggi atau ahli sanad yang boleh memberi ijazah. Penggunaan teknologi maklumat (IT) juga ditekankan khususnya dalam pengurusan, pentadbiran, penyelidikan dan komunikasi.
Apa yang menjadi kekangan ialah kos untuk membiayai kursi ini. Ia memerlukan jumlah besar dan pihak pembiaya seharusnya mampu berbuat demikian untuk satu tempoh yang munasabah, katakan sepenggal dua atau tiga tahun, bagi memastikan hasil berbaloi.
Ada cadangan pembiayaan ini boleh dilakukan melalui sistem endowment atau wakaf jamai’e. Ini cadangan yang baik dan memerlukan kajian mendalam sebelum keputusan muktamad dibuat.
Pada PMB yang julung kali dianjurkan Majlis Profesor Negara dan UPSI itu, panelis mengusulkan beberapa resolusi yang menyentuh aspek kurikulum, persijilan dan perguruan.
Mereka berpendapat satu cara pondok boleh diperkasakan lagi ialah dengan adanya kurikulum yang bersepadu dan selaras berteraskan ahlus sunnah wal jamaah di semua peringkat.
Guru pondok pula eloknya mereka yang mendapat latihan secara profesional, agar benar-benar menepati siasah keguruan meliputi 5M (mu’allim, muaddib, murabbi, muwajjij dan mursyid).
Diresolusikan juga keperluan menubuhkan sebuah badan bebas yang memantau pencapaian pondok secara teori dan amali, dalam usaha meningkatkan imej dan prestasinya agar diiktiraf dalam dan luar negara.
Tradisi pengajian secara talaqqi (pengajian berguru) berpusatkan masjid yang menekankan nilai tafaqquh (mendalam dan menghalusi) dan itqan (menekuni) harus diteruskan untuk kuatkan siasah pelajar berteraskan adab dan mempraktikkan bi’ah solehah (amalan beragama secara bersepadu).
Mutu pelajar ditingkatkan secara strategik melalui proses irsyad dan ta’dib, penguasaan bahasa Melayu, Arab dan Inggeris secara latihan penulisan dan komunikasi manakala aktiviti munazoroh dan mujadalah (dialog dan perbahasan) juga ditekankan bagi melahirkan pendakwah yang cekap dan progresif.
Pondok berpotensi menjadi pusat komuniti yang berjaya dan sebagai platform pembelajaran sepanjang hayat.
Sehubungan ini, pelan penggantian yang sistematik dan penjanaan sumber kewangan yang lestari sangat penting. Jika tidak diurus dengan baik, pondok menghadapi masa depan yang rumit dan gelap.
Adalah dicadangkan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pondok ditentukan oleh jawatankuasa khas, manakala kelestarian pondok dipastikan melalui institusi wakaf atau melalui aktiviti komersial seperti perniagaan, pelaburan, pertanian dan penerbitan.
Seeloknya, mudir atau pentadbir pondok diberi latihan berkaitan agar mereka lebih mahir mengendalikan soal kewangan dan penyimpanan akaun.

0 Komentar untuk " Tubuhkan kursi ilmu thurath "