BANGI, 16 Jun – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) merampas 351 buah Bible berbahasa Melayu adalah tepat dari segi undang-undang.
Katanya, Bible dalam Bahasa Melayu itu jelas bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (1988) Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) dan tindakan JAIS tidak perlu dipertikaikan.
“Bagi saya, tindakan JAIS itu bukan sahaja tegas, malah ia bertepatan dengan peruntukan undang-undang sedia ada, termasuklah di Selangor yang menguatkuasakan undang-undang tempat berlakunya rampasan itu.
“Jadi tidak timbul isu mengatakan tindakan JAIS itu salah. Malah tindakan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) yang turut mempertahankan tindakan JAIS itu memang sangat wajar disokong semua pihak.
“Saya hairan kerana JAIS pula yang dipersalahkan. Sedangkan mereka yang melanggar peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan itu pula yang tidak diambil tindakan,” lapor Utusan Malaysia hari ini.
0 Komentar untuk " Rampas Bible bahasa Melayu: Tindakan JAIS tepat "