KUALA LUMPUR - Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun ini kekal kukuh, disokong oleh permintaan luar yang tinggi, kata Bank Dunia.
Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Frederico Gil Sander, berkata peningkatan eksport sejak akhir tahun lalu, telah berterusan ke suku pertama tahun ini, berikutan perkembangan positif ekonomi negara maju.
"Banyak daripada eksport Malaysia masih datang daripada ekonomi negara maju.
"Ekonomi negara terbabit terus berkembang disebabkan perkembangan positif di Amerika Syarikat dan Eropah sejak dua bulan lalu.
"Keadaan ini cenderung untuk membantu sektor luaran dan memacu pertumbuhan pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di persidangan Invest Malaysia 2014 di sini, hari ini.
Pada April lalu, eksport pulih dengan kukuh sebanyak 18.9 peratus, membayangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sangat kukuh pada masa depan.
KDNK Malaysia berkembang 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku yang sama tahun lalu. KDNK dijangka mengakhir tahun ini antara 4.5 dan 5 peratus. - Bernama

0 Komentar untuk " Prospek ekonomi Malaysia 2014 kekal kukuh "