Kunci kejayaan: Kembali kepada al-Quran, Sunnah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kunci kejayaan: Kembali kepada al-Quran, Sunnah

SHAH ALAM -  [Video] Kunci kejayaan umat Islam dalam perniagaan adalah kembali kepada al-Quran dan Sunah, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kefahaman anak-anak terhadap kandungan al-Quran dan Sunnah.

“....kita kembalikan orang Islam dengan al-Quran dan Sunnah. Fahamkan betul-betul serta fahamkan. Kita bina balik karakter orang Melayu.

“Perkara ini kita boleh buat. Andai setiap keluarga amalkan perkara ini, hasilnya mereka tak akan buat perkara tak betul. Mereka akan mengurus (pekerjaan) dengan baik,” katanya ketika berkongsi pengalaman pada Bengkel Eksekutif Muslim Profesional, semalam.

Jelasnya, melalui peranan ibu bapa itu, karakter anak-anak akan dapat dibina.

“Ibu bapa di sini (peserta bengkel), ajar balik anak-anak al-Quran. Penuhkan jiwa mereka dengan kitab suci dan tanamkan matlamat untuk masuk syurga.

“Bapa selepas kerja mencari rezeki yang halal, ajak anak-anak main bola, memancing, pergi masjid untuk solat jemaah, dengan sendirinya ia akan membentuk satu karakter.

“...Dia akan jadi jurutera yang berjiwa al-Quran, jurutera yang nak masuk syurga,” katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kunci-kejayaan-kembali-kepada-al-quran-sunnah-1.285798
0 Komentar untuk " Kunci kejayaan: Kembali kepada al-Quran, Sunnah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ