WACANA DNA babi yang kononnya terdapat dalam Cadbury adalah wacana Islamisasi yang paling banyak mendapat perhatian seolah-olah setiap orang Islam terasa diri mereka dicemari.
Puan Sabariah dari IIS mendakwa, ACCIN yang terdiri daripada 18 NGO dakwah menganggap Cadbury telah melakukan pengkhianatan. Maka, ia wajib bayar kos cuci darah dan bersedia untuk disaman berjuta-juta. “Let it bleed!,” kata Sabariah dengan keras.
Beberapa bulan lalu, Ketua Menteri Melaka mengesahkan Yayasan Melaka dibebani hutang RM286 juta kerana salah urus tadbir.
Yayasan Melaka dikatakan bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan berkualiti. Namun begitu, tiada suara kedengaran dari ACCIN atau NGO dakwah tentang pencemaran Yayasan Melaka kerana hal ini tidak dilihat sebagai pencemaran, tetapi hanya salah urus tadbir.
Seterusnya, isu rogol di Negeri Serambi Mekah. Bagaimanakah 38 orang Islam boleh mengetepikan keimanan dan kemanusiaan mereka serta bersekongkol untuk merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir?
Berapa ramaikah perogol tersebut yang disahkan positif dadah? Mengapa tiada usaha yang dilakukan oleh kampung berkenaan yang seharusnya dari awal lagi menutup rumah penagih-penagih dadah itu?
Mengapa orang-orang kampung bersubahat dengan berdiam diri?
Adakah ini tahap kesedaran Islamik kita? Isu pengkhianatan Cadbury juga yang diperbesarkan oleh NGO dakwah. Kes rogol dilihat sebagai punca kejahilan dan bukan sebagai pengkhianatan kepada agama serta kemanusiaan. Rogol tidak sama sekali mencemarkan seperti mana pencemaran babi!
Mengapa babi begitu mencemaskan dan mencemarkan? Termakan babi, mencemarkan aqidah dan darah!
Simptomnya: muka makin menyerupai babi, malas bersolat, puasa dan tidak berupaya mengucap syahadah! Akan tetapi, merokok terus-terusan setiap hari tidak perlu cuci darah kerana merokok tidak dianggap sebagai pencemaran!
Tak perlu rasa pengkhianatan jika menghembus asap rokok di hadapan wanita hamil!
Kebanyakan NGO (bukan semua) hanya bersifat ‘meniup trompet bawah katil’ (pepatah Cina). Maksudnya, mereka lantang bersuara tetapi dalam keadaan 'meringkuk di bawah katil.'
Mereka tertekan dengan pelbagai fobia sehinggakan mereka perlu meringkuk di bawah katil dalam keadaan yang tertekan tetapi meniup trompet sekuat hati untuk memaklumkan keberadaan diri mereka.
Mereka tidak ambil tahu sama ada penghuni atas katil sedang tidur atau sedang bersolat. Yang menariknya di sini ialah mereka beristiqamah meniup trompet sekuat hati supaya didengari oleh dunia atas katil.
Suka hati mereka sahaja hendak tiup trompet lagu apa-apa, bila-bila masa dan sekuat mana sekalipun.
Mengapa 38 lelaki sanggup merogol seorang gadis?
Trompet bawah katil berbunyi, “Kerana hudud tidak dilaksanakan dan undang-undang sedia ada tidak cukup berat.” Adakah rakyat akan takut jika hukuman itu berat?
Mengedar dadah boleh dihukum mati tetapi statistik pengedaran dadah tetap meningkat! Hudud sudah pun dilaksanakan di Pakistan tetapi baru-baru ini seorang isteri direjam beramai-ramai tanpa perintah mahkamah dan dikelola oleh walinya dan dilaksanakan di hadapan mahkamah!
Bila agamawan Pas melaungkan hudud, ia dilihat sebagai meniup lagu hudud bawah katil dalam keadaan tertekan untuk mendapat pengiktirafan ‘Islamik’nya.
Peningkatan undi Cina kepada BN di Teluk Intan adalah undi tidak percaya bukan sekadar kepada tahaaluf tetapi juga Islamisasi dalam Pakatan Rakyat.
Lagu PM Najib lebih mudah difahami iaitu mengenai survival periuk nasi Cina dalam bentuk pembangunan Teluk Intan dan pelantikan satu-satunya Menteri Cina dalam Kabinet.
Lagu Pas pula tentang Islamisasi dalam bentuk undang-undang dan hukuman. Lagu NGO dakwah pula ialah tentang pencemaran babi. Lagu DAP pula adalah tentang tsunami ideologi liberal Malaysian Dream melawan politik perkauman.
Undi Cina lebih condong memilih survival. Melayu pula makin menerima ideologi liberal Malaysian Dream dan makin babi-fobia. Ke mana pula arah tuju Islamisasi pasca pilihan raya Teluk Intan? Adakah masih meniup trompet bawah katil?
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Islamisasi: Tiup trompet bawah katil? "