BANGI, 12 Jun – Kenyataan Exco PAS, Sallehen Mukhyi bahawa perancangan pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu membayangkan bahawa Islam tidak akan dilaksanakan dalam kerangka mereka.
“Kenyataan dia membuktikan bahawa Islam tidak akan dapat dilaksanakan dalam kerangka PR.
“Lebih-lebih lagi sebelum ini, secara jelas dan terang-terangan DAP menyatakan pendirian menentang pelaksanaan hudud,” demikian ujar Ahli Majlis Syura ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman.
Sallehen Mukhyi yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa semalam menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan PR memandangkan negeri itu dinaungi tiga rakan pakatan termasuk PKR dan DAP.
Sehubungan itu, tegas Ustaz Hazizi, untuk melaksanakan syariat Islam kesepakatan antara Islam harus diutamakan terlebih dahulu.
Umat Islam harus mengutamakan kesepakatan sesama sendiri mengatasi kerjasama dengan orang kafir.
“Kita semua tahu yang DAP sememangnya anti kedudukan istimewa Islam dan orang Melayu, temasuklah dalam isu hudud.
“Hudud ini antara salah satu isu yang membuktikan pendirian mereka itu,” katanya kepada ISMAweb.
0 Komentar untuk " Islam tidak akan dilaksanakan di Selangor dalam kerangka PR "