Anwar, tolak hukum Tuhan yang angkuh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Anwar, tolak hukum Tuhan yang angkuh



BANGI, 12 Jun – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menegur sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang dilihatnya angkuh dan tidak sensitif dengan agama serta kepercayaan penganut bukan Islam sehingga mengganggu upacara mereka.
Sebaliknya Ustaz Abdullah menyifatkan perjuangan liberalisme dan pluralisme agama yang mengenepikan hakikat tauhid dan keluhuran syariat sebenarnya yang angkuh.
“Anwar kata pejabat agama bersikap angkuh kepada orang bukan Islam dengan kuasa yang ada. Tetapi bagi ISMA, menolak Islam, menolak hukum Tuhan dan mengagungkan liberalisme itu yang angkuh,” tegasnya kepada ISMAweb.
Kenyataan ini berikutan dua kejadian yang melibatkan pejabat agama apabila baru-baru ini JAIPP merampas mayat seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara pengkebumian Cina di Georgetown.
Begitu juga dengan tindakan JAIS menghalang upacara perkahwinan Zarina Abdullah Majid dan pasangan Hindunya di sebuah kuil di Petaling Jaya 1 Jun lalu. 
0 Komentar untuk " Anwar, tolak hukum Tuhan yang angkuh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ