INDUSTRI penjualan produk kopi dijangka terus berkembang, disokong oleh inovasi baharu ekoran permintaan tinggi terhadap minuman itu di Malaysia.
Presiden Persatuan Inovasi Kopi dan Teh Malaysia (Macati) Bernard Reincastle berkata, ketika ini, kira-kira 30 peratus rakyat di negara ini minum kopi setiap hari.
“Kopi menjadi komoditi penting dan minuman kegemaran ramai di seluruh dunia. Rakyat Malaysia juga gemarkan kopi dengan pelbagai perasa seperti tambahan coklat, kurang manis dan susu.
“Jadi syarikat pengeluar melihat peluang pasaran yang baik dalam industri ini dengan membuka rangkaian kafe berkaitan kopi” katanya dalam sidang media sempena Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia Kali ke-15 (MIFB) di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Sphere Exhibits Malaysia Sdn Bhd, Gerald Lum, iaitu syarikat penganjur pameran itu.
Sementara itu, Lum berkata, sebanyak 15 hingga 20 ruang pameran untuk industri minuman berasaskan teh dan kopi daripada pelbagai pemilik restoran, kafe, hotel, peruncit dan penggemar kopi dijangka terlibat dalam MIFB yang diadakan pada 19 hingga 21 Jun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Lum berkata, kira-kira 22,000 peniaga dari 26 negara dengan 500 tapak pameran bakal menyertai MIFB kali ini.
MIFB yang dianjurkan sejak 14 tahun lalu menjadi platform kepada pemain industri makanan serta minuman untuk memperkenalkan inovasi dan teknologi terkini mengenai produk mereka.

0 Komentar untuk " Industri minuman kopi dijangka berkembang "