LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah menyasar untuk menarik 367 petani di negeri itu menyertai program Ladang Kontrak melibatkan kawasan seluas 539 hektar tahun ini, kata Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid.
Beliau berkata, setakat Mei tahun ini, seramai 303 petani menyertai program itu melibatkan kawasan seluas 327 hektar.
“Bagi 2014, fokus program ladang kontrak ialah untuk redakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat dengan memperbanyakkan ladang kontrak bagi memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya dalam majlis pembukaan seminar Ladang Kontrak dan Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Ke Pasar Tani Negeri Sabah 2014 di Kota Kinabalu, semalam.
Seminar itu memberi penerangan kepada agensi pelaksana program ladang kontrak mengenai fungsi dan perkhidmatan mereka dalam program ladang kontrak.

0 Komentar untuk " Fama Sabah sasar 367 petani ladang kontrak "