Cina Muslim saudaraku - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Cina Muslim saudaraku

Siapa kata bangsa Cina musuh kami? Bangsa Cina yang beragama Islam adalah saudara kami. Kami diikat dengan akidah yang satu. Aqidah mentauhidkan Allah. Kemuliaan di sisi kami ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Bangsa, warna kulit, keturunan dan darjat tidak membezakan antara kami kecuali taqwa.
Musuh kami ialah mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Musuh kami ialah mereka yang mencabar dan merendahkan agama kami setaraf dengan ideologi ciptaan manusia.
Kami mencintai bangsa kami bangsa Melayu kerana bangsa kami beragama Islam. Tetapi tidak mengatasi bangsa lain yang beragama Islam. Mereka saudara kami seagama.
Kami kasihkan bangsa kami kerana mereka beragama Islam. Kami menentang mereka yang cuba untuk mengeluarkan bangsa kami dari Islam. Bangsa Melayu sejak berzaman merupakan tonggak kepada kekuatan Islam sebab itu kami menentang mana-mana bangsa yang menentang Melayu dan Islam.
Jangan menuduh kami memusuhi bangsa Cina kerana mereka Cina. Kami memusuhi mereka kerana mereka memusuhi Islam dan Melayu kerana Melayu adalah tonggak Islam di Malaysia. Perlu diulangi Cina yang beragama Islam adalah saudara kami. Cina yang tidak mencabar dan memusuhi Islam adalah rakan-rakan kami di dunia ini.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Yang Dipertua Syura ISMA merangkap Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh
http://www.ismaweb.net/2014/06/cina-muslim-saudaraku/
0 Komentar untuk " Cina Muslim saudaraku "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ