Beri peluang pada kontraktor Bumiputera - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Beri peluang pada kontraktor Bumiputera

KERAJAAN harus memberi dan membahagikan peluang serta kontrak sama rata kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi mengelakkan dominasi pelaburan asing dalam sektor pembangunan di negara ini.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berpendapat, respons daripada dua NGO berhubung kontraktor Melayu semakin dipinggirkan harus diambil kira secara serius.

“Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia telah mengkaji dominasi pelaburan asing di negeri Johor kerana ianya didapati memberikan kesan negatif kepada kontraktor Melayu untuk mendapat projek secara langsung di negeri terbabit.

“Tindakan tersebut telah memperlihatkan seolah-olah Bumiputera tidak mempunyai kepakaran dan kelayakan untuk mengambil bahagian dalam projek berprestij, ianya amat memalukan,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kontraktor Bumiputera harus diberi ruang dan kepercayaan yang lebih bagi menjayakan sebarang projek-projek pembangunan yang ditawarkan.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan ke atas usaha PKKM dan DPMM dalam membangunkan kontraktor Bumiputera di Johor


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/beri-peluang-pada-kontraktor-bumiputera-1.292101

Related Post

  • Coolblog perluaskan perniagaan COOLBLOG Dessert Sdn Bhd (Coolblog) berhasrat memperluaskan perniagaannya dengan merancang menambah 100 cawangan baha…
  • Labur RM10j tambah cawangan PIZZA Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) menjangkakan membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh negara membabitkan …
  • Chenta Qaseh - Fokus pertingkat kredibiliti jenama JENAMA CQ Global Enterprise (Chenta Qaseh)  semakin mendapat perhatian daripada peminat-peminat fesyen muslimah …
  • Legasi Bak BAK. Satu nama besar dan terkenal dalam industri fesyen negara. Hasil kerja tangannya disenangi pelanggan yang terdir…
  • Cucian percuma sehingga Rabu BERKONSEPKAN  ‘jimat, mudah dan berkat’, dobi Putra Clean Express atau dikenali sebagai kedai dobi layan diri me…
0 Komentar untuk " Beri peluang pada kontraktor Bumiputera "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ