SEBANYAK 30 peratus daripada 80 peratus kedai yang telah disewakan di Gateway@klia2 dimiliki Bumiputera.
Vincent Chong, Pengurus Segi Astana Sdn Bhd iaitu pengendali Gateway@klia2 berkata, banyak kriteria dititikberatkan untuk memasuki pusat membeli-belah terletak di KLIA2 itu dan salah satunya ialah jenama itu perlulah merupakan jenama yang boleh bertahan dan bagus.
"Setakat ini, kami mempunyai banyak pemilik kedai Bumiputera seperti Uncle K, Fidani, NZ Curry House dan beberapa jenama lain lagi.
"Kami akan utamakan mana-mana jenama tempatan berpotensi dan berkualiti," katanya selepas lawatan media ke Gateway@klia2, semalam.
Katanya, Gateway@klia2 juga menggalakkan setiap kedai makanan dan minuman untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dalam usaha mengembangkan perniagaan.
Sementara itu, Gateway@klia2 menyasarkan peningkatan jumlah pengunjung kepada 36 juta setiap tahun, dengan 70 peratus terdiri daripada pengguna KLIA2 dan selebihnya kakitangan, ahli keluarga serta penduduk sekitar.
"Sejak 9 Mei lalu, kami mencatatkan tiga juta pengunjung sebulan dan purata 100,000 setiap hari," katanya.
Gateway@klia2 turut menyasarkan mencapai 100 peratus sewaan kedai menjelang akhir 2015 dan sehingga kini, 115 kedai telah memulakan operasi sejak pembukaannya pada 2 Mei lalu.

0 Komentar untuk " 30 peratus jenama Bumiputera di Gateway@klia2 "