KUALA LUMPUR - "Jauhari juga yang mengenal manikam", itulah kesimpulan yang dapat dibuat penulis ketika menghadiri program "Media Event RU Success Stories" anjuran Universiti Putra Malaysia di kampus utamanya baru-baru ini.
Masakan tidak, pelbagai hasil kajian penyelidik tempatan mengenai pelbagai isu tempatan dipamerkan, menyentuh isu-isu yang mungkin hanya difahami oleh warga Malaysia sahaja.
Antara projek yang dipamerkan ialah prototaip pengimbas barah payudara mudah alih, program akreditasi kawasan-kawasan pelancongan negara dan projek badar biomass Serdang.
Inilah peranan yang dimainkan oleh universiti penyelidikan (RU) di negara ini.
Program yang bermula pada 2007 hasil inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberi status RU kepada lima universiti tempatan sebagai usaha memacu K-Ekonomi negara, mempercepatkan pembangunan negara menuju status negara maju pada 2020.
Lima universiti yang diiktiraf sebagai RU dalam dua fasa perlantikan pada 2007 dan 2010 ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia.
Di samping menjalankan penyelidikan sendiri dan usahasama dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, kesemua RU turut membantu usaha penyelidikan yang dijalankan lain-lain universiti tempatan melalui sistem kluster.
Mereka juga bertanggungjawab menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi tujuan pengkomersialan hasil penyelidikan agar dapat menjana pendapatan dalam jangka masa panjang.
JIMAT RM2 BILLION DANA KERAJAAN
Merasmikan majlis ialah Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, inisiatif yang diambil kerajaan terbukti berjaya meningkatkan pengambilan mahasiswa jurusan PhD di universiti-universiti tempatan.
"Antara 2007 hingga 2012, seramai 3,897 mahasiswa yang layak menyambung pengajian di luar negara tetapi memilih untuk belajar di universiti tempatan.
Ini dapat menjimatkan dana kerajaan kepada hampir RM2 billion".
Pelaburan sebanyak RM1.863 billion sehingga tahun 2011 juga mula membuahkan kejayaan dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM3.608 billion antara 2007 hingga 2012.
"Bilangan professor dalam negara juga meningkat kepada 2,200 orang di mana 1,200 daripada jumlah itu berkhidmat di RU", jelas beliau.
Gerak kerja di semua RU menjana 182,720 peluang pekerjaan tenaga mahir taraf tinggi dan menjana RM1.25 billion hasil daripada penyelidikan inovasi.
Diiringi wakil-wakil RU terlibat, Idris turut berkongsi beberapa kejayaan terbaharu semua RU di peringkat antarabangsa.
Antaranya ialah UPM yang menduduki tempat ke-19 dunia dalam senarai UI GreenMetric World University Ranking dan penyenaraian UM dalam senarai 50 universiti terbaik Asia.
TARIK MINAT PENERIMA ANUGERAH NOBEL
"Antara kejayaan besar hasil penubuhan RU ialah bila ia dapat menarik minat penerima anugerah Nobel untuk menjalankan kerjasama dengan universiti-universiti kita, membuktikan keupayaan RU negara semakin diiktiraf oleh pakar-pakar dari seluruh dunia", ujar Idris.
Beliau merujuk kepada senarai nama besar seperti penerima Anugerah Nobel Keamanan tahun 2006, Professor Muhammad Yunus dan penerima Anugerah Nobel dalam Teknologi Kimia tahun 2001, Professor Ryoji Noyori.
Muhammad Yunus terkenal sebagai pengasas Bank Grameen di Bangladesh, membantu golongan miskin menggunakan sistem kredit mikro manakala Ryoji Noyori adalah presiden untuk organisasi penyelidikan terbesar di Jepun, Riken.
Antara nama-nama besar yang lain ialah tiga penerima Anugerah Nobel Kedoktoran dan Psikologi iaitu Professor David Baltimore (1975), Sir Richard Roberts (1993) dan Professor Barry Marshall (2005).
PENYELIDIK MALAYSIA TUNJUK BAKAT
Professof Madya Dr. M. Iqbal Saripan memberitahu Bernama, bahaya barah payu dara yang menjadi pembunuh wanita nombor satu negara memberi ilham untukmenghasilkan alat yang boleh mengesan penyakit itu dengan lebih cepat, tepat dan mudah alih.
Mesin yang dinamakan "Single Photo Emission Computed Tomography (SPECT)" menggunakan teknologi nuklear untuk mengesan sel barah dalam badan pesakit walaupun sekecil satu milimiter panjang.
"Dalam penyelidikan ini, kami cuba menjadikan SPECT sebagai alat mudah alih, dengan saiz yang kecil agar dapat digunakan di hospital-hospital luar bandar di seluruh negara", jelas beliau.
Sementara itu, Eksekutif Kanan Penyelidikan, Kumpulan Perancangan dan Kajian Pelancongan Universiti Teknologi Malaysia, Abdullah Lahat berkata, kumpulannyamenetapkan standard tahap perkhidmatan pusat-pusat pelancongan di seluruh negara.
"Ini dilakukan melalui program akreditasi seperti yang dilaksanakan di negara-negara seperti standard T-Qual yang dilaksanakan di Australia", katanya.
PERTONTON KEJAYAAN RU
Hasil muafakat kelima-lima RU terlibat, lima siri program "Media Event RU Success Stories" telah dirancang sepanjang tahun ini, melibatkan lima fokus dalam bidang-bidang tertentu.
Siri pertama program ini berlangsung pada Februari lepas di UM dengantema "Penerbitan Jurnal". Siri yang dihoskan UPM adalah yang kedua untuk tahun ini bertemakan "Pengurusan Bakat".
Siri ketiga akan diadakan di USM dengan tema "Pembangunan dan Penyelidikan" diikuti UTM dengan tema "Pengkomersilan" dan UKM menjadi hos siri terakhir bertema "Impak Ekonomi dan Sosial".
Pameran yang dianjur UPM mempamerkan kejayaan RU dalam penghasilan bakat dalam sub-tema kelestarian, keusahawanan, isu alam sekitar, jaminan bekalan makanan serta kesihatan dan kesejahteraan. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/universiti-penyelidikan-gerak-k-ekonomi-negara-1.278556

0 Komentar untuk " Universiti penyelidikan gerak K-Ekonomi negara "