KERAJAAN menyasarkan untuk menaik taraf lagi 500 kedai runcit melalui Program Transformasi Peruncit Kecil (Tukar), tahun ini, menurut Laporan Tahunan 2013 Program Transformasi Ekonomi.
Laporan yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan itu berkata program Tukar akan dikaji semula agar lebih baik serta bagi memastikan program itu memberi impak yang berterusan kepada negara.
Kajian semula itu akan berdasarkan kepada keperluan semasa dan keputusan Taylor Nelson Sofres Malaysia, satu tinjauan yang dijalankan bagi mengkaji kesan program Tukar.
"Di samping itu, kedai Tukar juga akan dipersiapkan untuk bersedia melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 2015, menerusi program latihan dan bimbingan," kata laporan itu.
Tukar ialah antara program Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk pemborongan dan peruncitan, yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Program ini bertujuan memodenkan kedai runcit tradisional serta yang sedia ada bagi meningkatkan daya saing dalam sektor kedai runcit.
Pada 2013, sejumlah 522 kedai runcit di seluruh negara menamatkan proses transformasi, melebihi sasaran awal sebanyak 500 buah kedai untuk tahun tersebut.
Ini menjadikan keseluruhan sejumlah 1,609 bilangan kedai yang telah ditransformasikan oleh program Tukar sejak dilancarkan pada 2011.
Selain Tukar, kerajaan juga menyasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 175 bengkel di bawah projek Pemodenan Bengkel Automotif, selepas melihat 203 bengkel automotif ditransformasikan di seluruh negara tahun lepas.
Menerusi projek EPP bagi meningkatkan bilangan kedai format besar, tahun ini juga bakal menyaksikan penubuhan enam pasar raya hiper dan lima pasar raya besar bagi meningkatkan sektor pasaran runcit serta memenuhi permintaan penduduk yang semakin meningkat.
Sementara itu, projek EPP mentransformasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjadi Hab Peruncitan akan berusaha untuk memperbanyak penggunaan ruang runcit yang tersedia di Gateway Mall di KLIA2.
Menteri KPDNKK Datuk Seri Hasan Malek berkata pemborongan dan peruncitan NKEA telah memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan domestik bagi memacu pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Dengan mengambil kira sumbangan sebanyak lebih 60 peratus kepada keluaran dalam negara kasar menerusi perbelanjaan pengguna domestik, NKEA pemborong dan peruncitan adalah penyumbang keempat terbesar kepada pendapatan negara kasar dalam senarai antara 12 NKEA.
Dalam laporan itu, Hasan berkata bagi tahun ini, NKEA akan memberi tumpuan kepada golongan peruncit untuk bersedia memenuhi permintaan pengunjung sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
NKEA ini juga akan berperanan untuk memperkukuh rekod Malaysia setelah menduduki tempat keempat di carta destinasi beli-belah dunia seperti yang ditunjukkan dalam kaji selidik Globe Shopper Index.
"Tahun 2014 juga akan menyaksikan usaha kerajaan untuk meninjau peluang bagi mempergiat jenama barangan premium buatan Malaysia.
"Selain itu, NKEA ini akan mempersiap golongan peruncit bagi memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar pada 2015," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Program Tukar bakal transformasi 500 kedai "