PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 10 peratus kepada RM84 bilion bagi suku pertama 2014, berbanding RM76.7 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, peningkatan itu didorong oleh peningkatan jumlah pengeluaran minyak dan gas, peningkatan jumlah perdagangan produk petroleum dan peningkatan jumlah jualan gas yang diproses.
“Ia ditambah dengan kesan pergerakan pertukaran dolar Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada ringgit,” katanya selepas pengumuman keputusan kewangan Petronas bagi suku pertama 2014 yang berakhir 31 Mac 2014 di Kuala Lumpur, semalam.
Keuntungan sebelum cukai Petronas merosot enam peratus kepada RM27.2 bilion daripada RM28.8 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu, manakala keuntungan selepas cukai turut mencatatkan penurunan sebanyak lapan peratus kepada RM18.8 bilion daripada RM20.4 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Menurut Shamsul Azhar, penurunan itu didorong perbelanjaan operasi yang tinggi kerana peningkatan kegiatan cari gali.
Katanya, Petronas memperuntukkan RM17.3 bilion bagi perbelanjaan modal tiga bulan pertama tahun ini.
Bagi suku pertama tahun ini juga, pengeluaran minyak dan gas Petronas adalah 2.262 juta bersamaan tong minyak sehari (BOE) berbanding 2.156 juta BOE berikutan pengeluaran semula di Sudan Selatan dan pengeluaran terbaharu di Iraq.

0 Komentar untuk " Petronas catat perolehan meningkat "