BATU PAHAT - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merancang membuka pasar raya khas yang akan memasarkan produk segar sebagai pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan barangan segar dengan harga murah.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasar raya itu sudah dirancang untuk dibuka di beberapa lokasi termasuk sebuah di Kota Damansara, Selangor.
"Kita sudah mengenal pasti bangunan di Kota Damansara dan proses ubah suai bangunan tersebut sedang dijalankan ketika ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Tani Wanita Parit Sulong, di sini hari ini.
Beliau berkata pasar raya berkenaan akan dikendalikan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terutamanya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).
Katanya pihaknya berharap pembukaan pasar raya khas yang memasarkan produk pertanian, perladangan dan perikanan itu kelak dapat memenuhi keperluan pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan seharian selain pasar tani sedia ada yang sudah diwujudkan di negara ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata pihaknya menyasarkan pembukaan lebih banyak pasar tani kekal tahun ini memandangkan kini hanya terdapat lima pasar tani seumpama itu di negara ini.
"Pasar tani kekal yang sudah diwujudkan kini adalah di Jerantut Pahang, Bukit Gambir Johor, Puchong Selangor, Guar Chempedak Kedah dan Tawau di Sabah," katanya.
Beliau berkata usaha kini sedang dilakukan untuk mencari tapak yang sesuai bagi membina bangunan kekal memandangkan kebanyakan pasar tani di negara ini diwujudkan di atas kawasan meletak kenderaan.
Ismail Sabri berkata kementerian turut menyasarkan 60 pasar tani baharu di seluruh negara tahun ini bagi mencapai sasaran 1,000 pasar tani menjelang tahun 2020.
Katanya ketika ini terdapat 538 pasar tani di seluruh negara termasuk 21 pasar tani baharu dibuka dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Mengenai Pasar Tani Wanita Parit Sulong yang melibatkan 65 peniaga dan beroperasi sejak 28 Mac lepas, beliau berkata penubuhan yang dirancang Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad itu merupakan langkah bijak dalam menggalakkan usahawaan tani dalam kalangan wanita sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. - Bernama

0 Komentar untuk " Pasar raya khas untuk produk segar dibuka "