MALAYSIA berada di jalan yang betul ke arah mencatatkan pertumbuhan tahunan kukuh dari 2014 hingga 2016, kerana negara tidak lagi berada dalam defisit akaun semasa, dengan potensi tenaga kerja yang mengagumkan dan pelaburan asing yang lebih tinggi, demikian menurut laporan terkini Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
Laporan ICAEW bertema Economic Insight: South East Asia itu memaparkan gambaran semasa mengenai prestasi ekonomi negara Asean.
Menurut laporan itu, ketika negara ekonomi kurang maju Asean bergelut dengan pergantungan komoditi, Malaysia yang giat dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti pemasangan bernilai tinggi semakin hampir kepada ekonomi campuran eksport bernilai lebih tinggi seperti Singapura dan Hong Kong.
Pada 2012, 39 peratus daripada eksport barangan Malaysia adalah dalam pembuatan berkemahiran tinggi dan berasaskan teknologi berbanding 11 peratus di Indonesia.
Menurut laporan itu, ia ekoran pencapaian tahap modal insan memuaskan hasil daripada penyediaan pendidikan asas yang baik berserta kemahiran kejuruteraan dan sains yang diperlukan di peringkat pengajian tinggi.
Malaysia kini mempunyai seorang pelajar kejuruteraan bagi kira-kira setiap 121 penduduk, berbanding seorang bagi kira-kira setiap 250–300 penduduk dalam beberapa ekonomi Asean yang lain.
Pengarah Serantau ICAEW Asia Tenggara, Mark Billington berkata, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia dilihat memperhebat usaha ke arah memenuhi keperluan transformasi ekonomi negara dan hasil yang memberangsangkan dapat dilihat kini.
"Malaysia menjangka lebih banyak pelaburan asing akan mengalir masuk pada tahun ini.
"Ini perkembangan yang amat positif pada saat Malaysia sedang berusaha menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Laporan itu turut menggariskan beberapa cabaran negara Asean lain termasuk Indonesia yang menghadapi risiko dan pengenduran keyakinan pelabur akibat ketidaktentuan keadaan politik dan Filipina yang masih menghadapi masalah pengangguran.

0 Komentar untuk " Negara hampir capai ekonomi bernilai tinggi "