ISMA pertahan hak Melayu yang dipertikai DAP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

ISMA pertahan hak Melayu yang dipertikai DAP




Kalau orang bukan Melayu sekarang mempersoal, mempertikai, merungut-rungut tentang hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui pemimpin-pemimpin terdahulu sebelum merdeka, orang Melayu juga boleh mempertikai dan merungut tentang keputusan-keputusan memberi hak-hak kepada bukan Melayu. Kalau tidak boleh, maka ia tidak adil!
Kedudukan serta hak keistimewaan orang Melayu adalah elemen tradisi yang bersifat warisan negara. Tunku Abdul Rahman sendiri yang dikatakan terlalu memberi muka dan terlanjur baik terhadap kaum Cina pernah bertegas tentang perkara ini.
Katanya, “Bahawa orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu dari mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”
Tun Suffian bekas Ketua Hakim Negara juga membuat kenyataan dengan maksud yang sama. Katanya, “Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dpersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu.”
Raja Azlan Shah juga pernah menyebut, “Perlembagaan Malaysia adalah satu bentuk tolak ansur ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu. Perlembagaan Malaysia sebagaimana perlembagaan lain bukan sahaja dokumen perundangan tetapi adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.”
Hak istimewa orang Melayu telah dimaktubkan Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153 yang memberi rizab kepada orang Melayu membabitkan 3 aspek, iaitu perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi manakala hal berkaitan tanah rizab Melayu sebagai pada Perkara 89 dan 90.
DAP, parti berfahaman sosialis ciptaan Yahudi itu dan pemimpinnya seperti Kit Siang, mendiang Karpal serta anak-pinak mereka dalam parti itu sentiasa lantang mempertikai hak-hak istimewa orang Melayu termasuk MARA, UiTM, biasiswa, hak dalam urusan agama Islam dan lain-lain. Mereka juga mahu menyamaratakan semua kaum.
Kalau DAP dan sesiapa yang lantang mempersoalkan keputusan-keputusan dahulu tentang hak orang Melayu, kita juga boleh mempertikaikan keputusan-keputusan dahulu yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu termasuk membenarkan duduk, mendapat kerakyataan ‘jus soli’ (secara borong) penggunaan bahasa asing, sekolah-sekolah mereka dan lain-lain lagi. Jika DAP boleh mempertikai UiTM, ISMA boleh mempertikai sekolah Cina! Kalau DAP mempersoal sumber wang negara diberi kepada orang Melayu, ISMA boleh persoal sumber kekayaan bumi Melayu yang banyak dan sekian lama dipunggah dan ada yang dibawa balik ke negara China. Kalau DAP pertikai kedudukan Islam, ISMA pula pertikai sebaliknya. 
Jadi, orang Melayu tidak perlu malu menuntut dan mempertahankan hak-hak mereka. Mereka patut bangga atas kebaikan berkorban memberi sesuatu yang berharga iaitu tanahair mereka sampai bila-bila, mereka juga wajar menerima sesuatu yang berharga dan mempertahankan hak mereka itu sampai bila-bila. Tanah ini dulu dipanggil Tanah Melayu,warisan nenek moyang. Mereka juga perlu masa untuk bangun kerana mereka telah dibelasah dan dijajah sebegitu lama mencecah 450 tahun. Tambahan pula, bangsa ini juga sudah berkurun lamanya dinafikan haknya oleh penceroboh pelbagai bangsa. DAP dan sekutunya, jangan pertikai lagi!
Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden ISMA

Related Post

0 Komentar untuk " ISMA pertahan hak Melayu yang dipertikai DAP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ