Mardi bantu bangunkan projek pertanian - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Mardi bantu bangunkan projek pertanian

KAJANG - Mardi melancarkan satu projek pertanian secara kecil-kecilan di kawasan tanah wakaf seluas satu hektar milik rumah kebajikan, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di sini.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sharif Haron berkata di bawah projek itu Mardi akan memindahkan teknologi pertanian dan penternakan kepada anggota pentadbiran pusat yang hasilnya dapat dinikmati penghuninya.

Hasil selebihnya dijual untuk menampung kos harian membabitkan makanan di rumah kebajikan itu, katanya.  

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Mardi bersama Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di Sungai Sekamat, hari ini.   

Turut hadir Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Mohd Zain.

Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata rumah kebajikan itu yang menempatkan sejumlah 55 orang penghuni menyeru orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan, geran tahunan, tajaan untuk tujuan operasi hariannya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi 016-3355960 atau Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di 03-87330715. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mardi-bantu-bangunkan-projek-pertanian-1.278877
0 Komentar untuk " Mardi bantu bangunkan projek pertanian "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ