MALAYSIA tetap merupakan pilihan pertama bagi pelaburan antarabangsa, meskipun langkah-langkah mengetatkan peraturan pembelian dilaksanakan, termasuk sekatan pembelian harta berharga kurang daripada RM1 juta dan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), demikian menurut Laporan Sentimen Pasaran Harta Asia (APMSR) setengah tahun 2014 yang disediakan oleh iProperty.
Laporan kaji selidik itu menunjukkan bahawa minat terhadap harta di luar negara telah beralih, dengan minat yang semakin meningkat terhadap Australia (22 peratus daripada 19 peratus), manakala Malaysia, yang masih merupakan pilihan terunggul, susut daripada 39 peratus kepada 35 peratus.
UK dan Thailand menyusul, masing-masing dengan sembilan peratus. Laporan itu juga menunjukkan bahawa minat terhadap Iskandar Malaysia merosot kepada 51 peratus (daripada 59 peratus), tetapi wilayah itu tetap menarik, kerana kebanyakan harta mewah berharga melebihi RM1 juta.
Meskipun dengan sekatan-sekatan itu, namun, katanya 64 peratus responden menyebut 'harga harta yang termampu' sebagai sebab utama membeli harta di Iskandar Malaysia.
Di samping itu, Medini Iskandar dikecualikan daripada harga minimum RM1 juta bagi pembelian oleh warga asing.
Responden terus beranggapan positif terhadap Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (meningkat 9 peratus kepada 79 peratus), dan bersetuju bahawa Iskandar telah diperkenalkan dengan baik.
APMSR ialah kaji selidik sentimen pengguna terbesar di Asia, dengan 18,500 responden dari empat negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
Kaji selidik itu dikendalikan oleh iProperty Group dari Disember 2013 hingga Januari 2014.
iProperty.com Singapore ialah laman sesawang hartanah terkemuka di Singapura. - Bernama

0 Komentar untuk " Malaysia tetap pilihan pertama pelaburan hartanah "