BEBERAPA jenama terulung Malaysia memberikan saingan sengit kepada jenama terkemuka global apabila berjaya menjulang anugerah Emas di edisi kelima Anugerah Jenama Putra yang diadakan di One World Hotel, baru-baru ini.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memenangi anugerah Jenama Terbaik Putra yang menjadi rebutan dan anugerah Emas bagi kategori Pengangkutan, Pengembaraan dan Pelancongan.
Pemaju hartanah SP Setia pula membawa pulang Anugerah Jenama Paling Berdaya Usaha Putra dan anugerah Emas dalam kategori Pembangunan Hartanah.
Namun, pemenang terbesar ialah Samsung yang memenangi tiga anugerah Emas dalam Kategori Peranti Komunikasi; Peralatan IT, Pejabat dan Perniagaan; dan Peralatan Peribadi, Rumah dan Luar.
Pengerusi Penganjur Anugerah Jenama Putra 2014 Andrew Lee berkata, semakin banyak syarikat tempatan berusaha gigih untuk meningkatkan ekuiti jenama dan memenangi anugerah berasaskan pilihan pengguna.
“Pemenang menyemai kepercayaan dalam jenama mereka untuk mewujudkan kesedaran tinggi sambil menjalin hubungan berdaya maju dengan pengguna," katanya dalam satu kenyataan.
Antara pemenang anugerah Emas lain dalam pelbagai kategori termasuk Petronas, Nike, Toyota, Canon, Maxis, Taylor’s University, Maybank, Gardenia, Dettol, Ikea, Astro, Panasonic, Golden Screen Cinemas, Colgate, Aeon, dan Sime Darby Property.
Anugerah Jenama Putra yang dianjurkan Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan diiktiraf Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), diberikan berasaskan hasil kaji selidik terhadap 6,000 responden.

0 Komentar untuk " Jenama Malaysia dimartabat oleh pengguna "