Kalau DAP boleh pertikai, mengapa ISMA tidak boleh? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kalau DAP boleh pertikai, mengapa ISMA tidak boleh?



BANGI, 26 Mei – Naib Presiden II ISMA, Encik Abdul Rahman Mat Dali menyatakan adalah tidak adil sekiranya orang bukan Melayu boleh mempertikai hak istimewa orang Melayu tetapi sebaliknya orang Melayu tidak pula boleh mempersoal hak mereka.
“Jika DAP dan sesiapa yang lantang mempersoalkan keputusan-keputusan dahulu tentang hak orang Melayu, kita juga boleh mempertikaikan keputusan-keputusan dahulu yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu.
“Kalau tidak boleh, maka ia tidak adil,” demikian tegasnya dalam ruangan kolumnis di ISMAweb baru-baru ini.
Abdul Rahman sebelum ini mendakwa parti DAP itu berpotensi mencetuskan perbalahan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 kerana parti itu berideologikan fahaman sosialis dan sekular serta memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.
Konsep Malaysian Malaysia menyeru kepada kesamarataan antara kaum dan mensasarkan hak keistimewaan Melayu seperti dalam Perkara 153 Perlembagaan dihapuskan.
Beliau berkata, kedudukan serta hak keistimewaan orang Melayu adalah elemen tradisi yang bersifat warisan negara.
Hak istimewa orang Melayu ini telah dimaktubkan Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153 yang memberi rizab kepada orang Melayu membabitkan 3 aspek, iaitu perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi manakala hal berkaitan tanah rizab Melayu sebagai pada Perkara 89 dan 90.
“Tetapi apa yang berlaku apabila DAP, parti berfahaman sosialis ciptaan Yahudi itu sentiasa lantang mempertikai hak-hak istimewa orang Melayu termasuk MARA, UiTM, biasiswa, hak dalam urusan agama Islam termasuk mahu menyamaratakan semua kaum.
“Jadi jika mana DAP mempersoalkan keputusan-keputusan dahulu tentang hak orang Melayu, kita juga boleh mempertikaikan keputusan-keputusan dahulu yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu termasuk membenarkan duduk, mendapat kerakyataan ‘jus soli’ (secara borong) penggunaan bahasa asing, sekolah-sekolah mereka dan lain-lain lagi.
“Begitu juga jika DAP boleh mempertikai UiTM, ISMA boleh mempertikai sekolah Cina.
“Kalau DAP mempersoal sumber wang negara diberi kepada orang Melayu, ISMA boleh persoal sumber kekayaan bumi Melayu yang banyak dan sekian lama dipunggah dan ada yang dibawa balik ke negara China.
“Kalau DAP pertikai kedudukan Islam, ISMA pula pertikai sebaliknya,” demikian ujarnya dalam artikel bertajuk ISMA pertahan hak Melayu yang dipertikai DAP.
0 Komentar untuk " Kalau DAP boleh pertikai, mengapa ISMA tidak boleh? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ