KUMPULAN CIMB melancarkan Program Peningkatan Kerjaya CIMB (CIMB ACE) bagi memajukan pekerja bukan eksekutifnya dari segi kemahiran, produktiviti, peluang pertumbuhan karier dan penjanaan pendapatan.
Program dibentuk sebagai skim mobiliti berstruktur yang menyeluruh itu dibangunkan sebagai usaha untuk menyokong agenda nasional Program Maju Diri 1Malaysia (PRIME) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada November 2013.
Melalui PRIME, syarikat berkaitan kerajaan memberikan komitmen membantu pertumbuhan kerjaya pekerja bukan eksekutif, membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dengan tenaga kerja berprestasi tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata, kakitangan bukan eksekutif sering kali merasakan terdapat halangan bagi mereka untuk meningkatkan kerjaya dalam sesebuah organisasi.
"CIMB ACE ialah platform yang kami sediakan kepada kakitangan bukan eksekutif kami untuk cemerlang.
"Ia dibentuk bukan sahaja sebagai batu loncatan untuk menaik taraf kemahiran peribadi dan membawa karier mereka ke tahap lebih tinggi, tetapi juga untuk mencapai kejayaan lebih tinggi dalam kehidupan dengan kemahiran dan pengetahuan diterima daripada program ini," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam majlis pelancaran program itu yang disempurnakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Kumpulan CIMB turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Tun Abdul Razak untuk pembangunan dan penyampaian komponen kemahiran bahasa Inggeris dalam CIMB ACE.
CIMB ACE mengandungi tiga komponen, iaitu pembangunan berasaskan kemahiran, kemajuan karier dan insentif.

0 Komentar untuk " CIMB gilap kemahiran pekerja "