SEMALAM genap setahun wakil-wakil rakyat dipilih melalui Pilihan Raya Umum Ke-13.
Tempoh setahun bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk menilai prestasi pemimpin.
Namun setelah setahun berlalu elok juga disiapkan kad prestasi setiap wakil-wakil rakyat agar dapat dinilai keberkesanan mereka dalam menyumbang bakti pada rakyat yang telah memilih mereka.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang hebat menabur janji waktu pilihan raya dengan pelbagai harapan yang diberikan kepada rakyat.
Tentu sekali rakyat ingin tahu apakah segala janji telah dikota. Jika belum, rakyat berhak untuk mengetahui alasan mahupun justifikasi kiranya ada.
Sememangnya kuasa adalah isu yang cukup penting untuk dibicarakan setulusnya agar natijah yang lahir daripadanya bukan sahaja bermakna kepada diri sendiri tetapi yang lebih penting kepada rakyat yang memilih.
Sama ada disedari ataupun tidak kita sebenarnya sedang mengalami krisis pemikiran dan pendangkalan sikap terhadap makna kuasa.
Dalam membicarakan soal kuasa pasti ramai yang secara spontan menanggapinya sebagai satu bentuk kemasyhuran yang boleh mengangkat martabat seseorang ke satu tahap yang menyebabkannya dihormati dan disanjung oleh masyarakat.
Malah tidak kurang juga yang melihatnya sebagai satu lesen besar untuk memenuhi keserakahan nafsu yang tiada penghujungnya.
Akibat daripada kedangkalan persepsi inilah kita dapati manusia kadangkala seperti paranoid apabila membicarakan mengenai kuasa.
Apa sahaja sanggup dilakukan demi mempertahankan mahupun merebut kuasa.
Caci-mencaci, mengadu-domba hinggalah sanggup menjatuhkan antara satu sama-lain merupakan fenomena lumrah yang terhasil daripada sikap terlalu mengagung-agungkan kuasa.
Ini berlaku di semua peringkat dalam masyarakat Melayu hari ini, sama ada di medan politik kepartian, institusi-institusi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan pelajar, malah menjalar hingga ke kampung-kampung dan desa-desa terpencil.
Cuma tahapnya sahaja yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan kondisi ekonomi masing-masing.
Idea dan ungkapan perjuangan yang terhambur melalui ucapan dan syarahan hanyalah sekadar gimik dan retorika paparan imej luaran semata-mata.
Kadangkala disulami dengan ayat-ayat al-Quran hanyalah sekadar menagih sokongan murahan yang tidak membawa makna apa-apa.
Apa yang menyedihkan tidak ramai yang benar-benar menjiwai makna perjuangan walaupun berapi-rapi menghamburkan ungkapan perjuangan.
Penyimpangan persepsi terhadap konsep kuasa inilah akhirnya menuntun kepada permasalahan sosial yang lebih parah.
Demi kuasa kita sanggup melakukan apa sahaja asalkan yang dihajati mampu direalisasi.
Dengan kuasa juga kita rela menggadaikan prinsip dan etika akhlak hingga sanggup merampas hak orang lain dan menganiaya saudara sendiri.
Kita sebenarnya lupa bahawa kuasa merupakan amanah ALLAH atau taklif Rabbani yang pasti dipertanggungjawabkan ALLAH pada hari akhirat kelak.
Inilah yang terangkum melalui nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Abu Dzar Al-Ghiffari ra berkenaan dengan konsep kuasa dan kepimpinan sebagaimana sabdanya: Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).
Inilah makna kuasa yang harus difahami dan dihayati secara jelas. Kuasa menurut Islam merupakan amanah besar bukan sahaja terhadap manusia sejagat, tetapi yang lebih penting dan utama kepada ALLAH, Tuhan Yang Berkuasa menjadikannya dan mengurniakan segala nikmat ke atasnya. Sesuatu nikmat yang dikurniakan ALLAH pastinya menuntun kepada suatu pertanggungjawaban.
Justeru penjernihan sikap dan persepsi terhadap konsep kuasa perlu mengakar ke dalam hati nurani setiap individu.
Perjuangan memartabatkan bangsa tidak akan membawa sebarang makna kiranya masih tersisa dalam kotak pemikiran kita sikap mementingkan diri sendiri hingga tercabut semangat perjuangan yang sebenar.
Dalam konteks inilah adalah baik untuk direnungi dan dijiwai konsep amanah dan tanggungjawab kepemimpinan yang hakikatnya terbina atas dasar-dasar dan nilai-nilai Islam sejati agar kita mampu membina peribadi insan yang unggul, sekali gus membina negara gemilang dan terbilang.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " 366 hari sebagai wakil rakyat "