KENYATAAN yang diberikan kerajaan mengenai pendirian Malaysia dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bercanggah dengan maklumat yang diterima daripada pegawai terlibat dalam rundingan itu, menurut gabungan Bantah TPPA.
Pengerusi Bersama Bantah TPPA Azlan Awang berkata, perkembangan dalam rundingan TPP juga dilihat tidak selari dengan komitmen diberikan kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), contohnya dalam bidang Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS).
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri berkata (sebelum ini) ISDS bahaya dan boleh menjejaskan negara dalam membuat dasar dan ekonomi negara.
“Miti sebelum ini memberi isyarat mereka tidak setuju (dengan ISDS) tetapi nampaknya kini seolah lebih longgar (pendirian kerajaan),” katanya dalam sidang media berhubung perkembangan TPP di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, kerajaan dilihat mempertimbang ISDS dengan hanya memberi syarat tambahan seperti kos perbicaraan pihak kerajaan perlu dibayar oleh syarikat luar yang membawa kes ke mahkamah, yang disifatkan Azlan sebagai tetap tidak menguntungkan.
Bantah TPPA dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain kelmarin bertemu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk taklimat kedudukan Malaysia dalam TPP.
Azlan turut menuntut kerajaan mempertimbang keutamaan negara, termasuk menyelesaikan dahulu isu seperti gaji pekerja yang masih sangat rendah di sebalik kerancakan perdagangan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, pendirian kerajaan untuk menolak bab dalam TPP yang boleh menaikkan harga ubat-ubatan dilihat mula berubah.
Katanya, Malaysia dan beberapa negara membangun lain dalam TPP kini diberi kelonggaran masa lebih lama sebelum dikehendaki mematuhi standard yang akan menyebabkan harga ubat naik.
“Tempoh ini bergantung kepada bila Malaysia dapat mencapai Pendapatan Kasar Negara (GNI) seperti negara berpendapatan tinggi. Pada pengiraan kami, dalam dua hingga tiga tahun lagi kita sudah boleh mencapai GNI itu.
“Tetapi kita antara negara yang mempunyai jurang kaya-miskin tinggi. Keseluruhannya negara memang dapat mencapai GNI tersebut, tetapi masyarakat di bawah sana masih lagi tidak mampu,” katanya.
MTEM adalah satu daripada NGO di bawah Bantah TPPA yang menolak penyertaan Malaysia dalam TPP.
Mohd Nizam turut menggesa kerajaan fokus kepada kerjasama ekonomi di peringkat Asean yang memiliki tahap pembangunan hampir sama.
“Ekonomi dunia kini berada di Asia. Semua negara tergila-gilakan Asia. Jadi kita perlu memimpin, bukannya kita dikawal,” tegasnya.

0 Komentar untuk " TPP: Kenyataan tak serupa tindakan "