TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melancarkan edisi ketiga SME BizFest 2014, baru-baru ini serta menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terdiri daripada perniagaan mikro dan kecil termasuklah perniagaan yang beroperasi dari rumah.
Naib Presiden Eksekutif SME, TM, Azizi A Hadi berkata, program itu menyediakan platform yang tepat bagi PKS untuk mendapatkan tip-tip perniagaan yang akan dikongsikan oleh beberapa penceramah.
Menurutnya, terdapat empat topik perniagaan penting yang akan dikupas di persidangan perniagaan tersebut termasuklah Motivasi, ICT & Perniagaan Anda, Bantuan Kewangan dan Kisah Kejayaan E-Dagang bagi memperkayakan pengetahuan para peserta.
"Berdasarkan maklum balas dan reaksi yang memberangsangkan daripada edisi sebelum ini, tahun ini, kami membawakan idea-idea terbaharu dan aktiviti-aktiviti menarik dengan memperluaskan program ini kepada empat lokasi berbanding hanya tiga lokasi pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Azizi berkata, TM memberikan peluang kepada PKS bagi mendapatkan manfaat menerusi perkhidmatan yang tidak terhad kepada rangkaian dan menyasarkan untuk memberikan penyelesaian ICT serta atas talian terbaik demi kemudahan mereka.
"Ia membolehkan mereka menguruskan operasi perniagaan dengan lebih efektif dan berkesan, selari dengan peranan TM untuk memacu pertumbuhan ekonomi segmen PKS dan sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia," katanya.
Lokasi SME BizFest 2014 adalah Sunway Pyramid, Selangor pada 24 April; Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, 7 Mei; Equatorial Hotel, Penang pada 22 Mei dan Borneo Convention Centre, Sarawak pada 19 Jun.

0 Komentar untuk " SME BizFest platform tepat PKS "