SEBAGAI seorang Muslim, saya percaya Islam menghormati kebebasan beragama. Ia ditandai oleh, contohnya, prinsip tiada paksaan dalam beragama; bahawa Islam adalah rahmat untuk semua manusia (termasuk bukan Islam); dan sirah Rasulullah SAW yang menguruskan negara Islam yang mempunyai rakyat bukan Islam.
Sebagai rakyat Malaysia pula, saya percaya Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama. Ini dicatat, contohnya, dengan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di seluruh negara, termasuk menguruskan hal ehwal agamanya, institusinya dan harta bendanya.
Inilah dua latar belakang utama yang menyebabkan saya menganggap ucapan Baroness Sayeeda Warsi, Menteri Negara untuk Kepercayaan dan Komuniti United Kingdom, yang bertemakan kebebasan beragama, di program “Dialog Bersama Baroness Sayeeda Warsi”, pada 22 April lalu, amat signifikan, bukan sahaja dengan perkembangan kontemporari dunia, malahan juga di Malaysia.
Baroness Warsi ialah Muslim pertama yang menjadi ahli Kabinet UK. Dengan latar belakang peguam dan ahli perniagaan, beliau vokal dan berani membicarakan isu-isu yang dianggap ramai sebagai sensitif. Beliau instrumental dalam keputusan Perdana Menteri Cameron untuk menjadikan Britain negara barat yang pertama melaksanakan sukuk.
Dialog itu dianjurkan bersama oleh Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Ia dihadiri kira-kira 40 pemimpin pertubuhan semua agama, profesional dan masyarakat sivil.
Di samping Warsi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa turut berucap di dialog tersebut.
Menurut Warsi, kebebasan, hormat dan toleransi adalah nilai-nilai fundamental dalam semua agama. Umat Islam bertanggungjawab mengiktiraf dan melindungi hak-hak tersebut, serta memastikan wujudnya keamanan dan kebebasan untuk semua, iaitu untuk mereka yang beragama atau tidak beragama, terutamanya dalam masyarakat majmuk.
Beliau mengambil contoh Rasulullah yang menghormati perbezaan-perbezaan agama dan etnik, iaitu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah.

Sebagai Menteri, agendanya bukan untuk mempromosi mana-mana agama, tetapi untuk memastikan yang kerajaan mendukung hak bagi semua kumpulan untuk mengamalkan agama masing-masing dengan bebas dan dilindungi daripada sikap tak-toleransi dan kebencian oleh mana-mana pihak.
“Serangan ke atas sebuah gurdwara perlu dilihat sebagai serangan ke atas sebuah masjid, gereja, kuil dan saumaah,” katanya.
Beliau mengidami sebuah dunia yang ideal di mana wujud perpaduan yang kukuh antara sesama manusia, di mana Muslim mengutuk anti-semitisme dan Yahudi memerangi Islamafobia.
Justeru, beliau menekankan kepentingan kebebasan, keterbukaan dan penghormatan terhadap pemikiran dan idea yang berbeza-beza; dan mengajak rakyat Malaysia bekerja lebih pantas, kuat dan mendalam untuk membina momentum kebebasan beragama di peringkat global.
“Kebebasan beragama ialah antara hak asasi manusia yang paling sukar untuk dipertahankan, tetapi adalah juga yang paling transformasional. Marilah bersama-sama memperbaharui komitmen dan memperkasa gerakan kebebasan beragama, untuk membina zaman keemasan yang baharu, bukan sahaja untuk Islam, tetapi untuk agama,” kata beliau mengakhiri pembentangannya.

Dialog itu meninggalkan kesan yang mendalam bagi para peserta, yang punya pengalaman masing-masing dalam soal ini, yang dikongsi semasa sesi terbuka dalam dialog itu.
Bagi saya, kita di sini perlu mempertingkatkan sikap, ilmu dan kemahiran menguruskan kebebasan beragama. Masalah-masalah yang belum selesai perlu diselesaikan segera. Kerangka governans yang lebih baik mesti diwujudkan.
Dan khusus tentang “pengurusan”: daripada penggubalan undang-undang, dasar-dasar dan program-program; kepada penguatkuasaan dan pelaksanaannya; hinggalah kepada pemantauan dan penilaiannya, perlu benar-benar “diuruskan”.
* Saifuddin Abdullah ialah Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Beliau aktif di twitter (@saifuddinabd).

0 Komentar untuk " Mengurus kebebasan beragama "