KUALA LUMPUR - Perbuatan 'gali lubang tutup lubang' atau membuat pinjaman lain untuk menyelesaikan hutang sedia ada antara penyebab utama peningkatan golongan muflis di negara ini.
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan itu.
"Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna kad kredit untuk tampung kos tersebut.
"Apabila hutang kad kredit meningkat, ada pula yang buat pinjaman peribadi ekspres yang mempunyai kadar faedah tinggi untuk selesaikan hutang kad kredit.
Inilah yang dikatakan 'gali lubang tutup lubang' yang akhirnya tiada kesudahan," katanya kepada Bernama.
Sejak ditubuhkan pada April 2006 hingga 28 Feb lalu, 256,624 individu telah mendapatkan khidmat kaunseling daripada AKPK, dengan 103,768 daripadanya mendaftar untuk Pelan Pengurusan Kredit (PPK).
Daripada jumlah itu, 82.8 peratus menyertai PPK akibat kombinasi beberapa jenis hutang, kad kredit (5.6 peratus), pinjaman peribadi (2 peratus), pinjaman perumahan (1.7 peratus), sewa beli (0.4 peratus) dan lain-lain (7.5 peratus).
Pada 9 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lalu berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).
Daripada jumlah itu, 33,570 orang atau 26.54 peratus diisytihar muflis dalam tempoh berkenaan kerana masalah sewa beli kenderaan.
Mengulas perkara itu, Mohd Adnan berkata, perjanjian sewa beli kenderaan tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang berbeza dengan hutang lain, yang juga antara penyebab utama kepada peningkatan golongan muflis.
"Kalau seseorang tak bayar ansuran dua bulan berturut-turut, dia disifatkan telah ingkar dan notis pertama akan keluar. Jika dalam tempoh dua minggu selepas itu hutang tidak dibayar maka kereta boleh ditarik dan dilelong," ujarnya.
Tambahnya, gaya hidup di luar kemampuan seperti membeli kenderaan mewah dan menjual kenderaan menggunakan kaedah 'sambung bayar' juga antara punca peningkatan jumlah golongan muflis.
Bagaimanapun, katanya masih ada harapan untuk individu muflis kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan bantuan AKPK.
Sehingga Februari lalu, 1,943 individu berjaya keluar daripada senarai PPK dengan jumlah portfolio RM194.1 juta, manakala 64,037 masih mempunyai akaun aktif dengan jumlah portfolio RM4.7 bilion.
Seorang pekerja swasta Kamaruzaman Abdul Ghani, 56, antara individu yang berjaya keluar daripada belenggu hutang setelah menyertai PPK.
Menceritakan kembali pengalamannya, katanya beliau merujuk kepada AKPK pada tahun 2008 setelah hutangnya mencecah puluhan ribu ringgit merangkumi hutang kad kredit, pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan dan pinjaman peribadi.
"Di AKPK, hutang kad kredit dan pinjaman peribadi saya distruktur semula, dan dalam tempoh lima tahun kesemua hutang itu berjaya diselesaikan. Selepas itu, saya lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan agar tidak terjerumus semula ke dalam masalah itu," katanya kepada Bernama.
Seorang lagi bekas peserta PPK, Mohd Najib Hashim, 60, menggunakan kad kredit sejak tahun 80-an bermula dengan hanya satu kad.
Namun, masalah mula berlaku apabila beliau menerima tawaran kad kredit daripada beberapa bank lain.
"Daripada satu kad, jadi enam kad. Apabila satu kad sudah mencecah tahap maksimum, saya guna pula kad yang lain sehingga akhirnya hutang jadi 'snowball'dan saya tak mampu tampung semua, ditambah pula dengan pinjaman perumahan", katanya.
Mohd Najib berjaya menyelesaikan masalah itu dalam tempoh tiga tahun setelah menyertai PPK pada 2010.
Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan AKPK, hubungi talian 1800 88 2575. - Bernama

0 Komentar untuk " 'Gali lubang tutup lubang' antara punca muflis "