KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid mahu golongan belia supaya mengambil segala peluang yang ada untuk menceburi bidang perniagaan atas talian sebagai bidang perniagaan yang menguntungkan.
Beliau berkata, belia masa kini yang celik teknologi alam maya boleh menggunakan kepakaran itu untuk menceburi perniagaan atas talian bagi meningkatkan taraf hidup di samping menjadikannya sebagai bidang kerjaya.
"Namun sifat amanah adalah antara sifat yang perlu ada pada seseorang itu jika ingin berjaya dalam bidang perniagaan ini," katanya ketika berucap sempena seminar Pemantapan Ilmu Emas Usahawan Powergold di sini hari ini.
Katanya, jaringan yang baik antara kenalan juga penting dalam menyebarluaskan perniagaan yang ingin diceburi bagi memudahkan ia berkembang.
Sementara itu, stokis Powergold Sabah, Melissa Audrey Yong berkata, perniagaan Powergold mampu diceburi oleh setiap individu kerana ia tidak memerlukan modal yang banyak.
Katanya melalui seminar berkenaan setiap peserta diberi pendedahan mengenai perniagaan di samping berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya.
Seminar sehari itu dihadiri kira-kira 100 peserta dari sekitar Kota Kinabalu. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/belia-disaran-rebut-peluang-perniagaan-atas-talian-1.274530

0 Komentar untuk " Belia disaran rebut peluang perniagaan atas talian "