Telefon pintar murah semakin popular - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Telefon pintar murah semakin popular


PASARAN telefon pintar mampu milik Malaysia dijangka meningkat sebanyak 20 peratus tahun ini.

Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan berkata, syarikat pengeluar telefon bimbit itu akan memanfaatkan penggunaan internet yang tinggi di negara ini untuk pemasaran telefon pintar mampu miliknya.

"Buat masa ini, penembusan pasaran telefon pintar di Malaysia adalah sebanyak 145 peratus, boleh dikatakan setiap pengguna mempunyai sekurang-kurangnya dua telefon pintar.

"Jadi Nokia tidak akan mensia-siakan peluang menyediakan telefon pintar mampu milik kepada pengguna di Malaysia," katanya semasa ditemui dalam majlis pelancaran telefon pintar mampu milik terbaru Nokia X di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Chan, lebih 99 peratus pengguna telefon pintar di Malaysia mengakses internet setiap hari dan jumlah ini jauh melebihi negara berpendapatan tinggi seperti Hong Kong dan Singapura.

Sementara itu, Chan berkata, Nokia X merupakan sebahagian daripada siri telefon pintar mampu milik Nokia X yang terdiri daripada Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL yang menggunakan sistem Android.

"Penggunaan sistem Android ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Nokia dan Android secara percuma," katanya.

Menurut beliau, Nokia X boleh didapati pada harga RM399 dan akan berada di pasaran Malaysia bermula minggu hadapan bagi kawasan Lembah Klang dan seminggu selepas itu bagi seluruh negara.

Nokia X didatangkan dalam empat variasi warna iaitu hijau terang, merah terang, hitam dan putih serta dilengkapi kamera 3-megapiksel bersama memori dalaman 4GB.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/telefon-pintar-murah-semakin-popular-1.257297
0 Komentar untuk " Telefon pintar murah semakin popular "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ