Kembangkan ekonomi Islam - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kembangkan ekonomi Islam

 PERBANKAN dan kewangan Islam di Malaysia berada pada landasan yang betul dan kini tiba masanya untuk mengembangkan bidang-bidang kurang maju yang lain di dalamnya untuk mencapai pelaksanaan kukuh dan menyeluruh.

Ketua Pegawai Operasi Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) M Najib Shaharuddin berkata, tumpuan haruslah diberikan kepada bidang-bidang yang tidak diliputi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

“Kita melaksanakan perbankan, takaful, dan amanah saham, tetapi, pastikah kita itu sudah mencukupi?” tanya beliau dalam satu wawancara.

Najib berkata, IBFIM telah memulakan inisiatif untuk memajukan program-program dalam bidang-bidang seperti kredit mikro, keusahawanan dan wakaf.

“Wakaf amat tenat. Aset kita, harta kita semuanya tidak diuruskan dengan sempurna kerana kita tidak ada orang yang sesuai untuk melakukannya. Kita nampak inisiatif seperti wakaf korporat Johor, tetapi itu tidak cukup,” tegas beliau.

IBFIM yang ditubuhkan 13 tahun lalu memberikan tumpuan kepada latihan vokasional, dengan menawarkan pelbagai jenis sijil dalam kewangan Islam selain bertindak sebagai perunding kepada bank dan firma yang mahu menjadi patuh syariah. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kembangkan-ekonomi-islam-1.254377
0 Komentar untuk " Kembangkan ekonomi Islam "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ