PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) mencapai persetujuan di luar mahkamah bagi menyelesaikan hutang berjumlah RM275.77 juta yang dipinjam oleh Perwaja Steel Sdn Bhd.
Perwaja Steel akan membayar hutang itu secara ansuran bulanan bermula dari Ogos 2015, menurut syarikat gas dan minyak itu dalam satu kenyataan, semalam.
Perwaja Steel ialah anak syarikat milik penuh Perwaja Holdings Bhd.
Dalam kenyataan itu, Petronas berkata pada masa yang sama, mereka bersetuju untuk membekalkan gas kering kepada Perwaja Steel secara bayaran pendahuluan.
“Perjanjian penyelesaian itu merupakan keputusan perniagaan bagi meningkatkan potensi untuk memperoleh semula hutang itu sepenuhnya,” menurut Petronas. - Bernama

0 Komentar untuk " Petronas, Perwaja selesai kes "