Bank AmIslamik terbit sukuk murabahah pertama - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bank AmIslamik terbit sukuk murabahah pertama

KUALA LUMPUR - AmIslamic Bank Bhd yang merupakan bahagian perbankan Islam AMMB Holdings Bhd, berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2 bernilai RM200 juta yang mematuhi Basel III hari ini.
  
AMMB dalam satu kenyataan hari ini berkata sukuk itu merupakan terbitan pertama di dunia yang sesuai dengan prinsip Syariah Murabahah yang berasaskan komoditi perdagangan (melalui urusan Tawarruq).
  
"Sukuk Murabahah Tahap 2 bernilai RM200 juta, dengan tempoh matang 10 tahun itu boleh ditunaikan pada akhir tahun kelima, menawarkan keuntungan dua kali setahun dengan bayaran sebanyak 5.07 peratus setahun," katanya.  
 
Katanya, AmInvestment Bank Bhd yang bertindak sebagai satu-satunya penasihat, pengatur dan pengurus utama Sukuk Murabahah Tahap 2 (2014/2044) yang dilakukan menerusi Program Sukuk Murabahah Subordinat RM3 bilion.
  
Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Ashok Ramamurthy berkata, kejayaan memuktamadkan transaksi ini merupakan kejayaan penting untuk pasaran Sukuk Malaysia.  
  
"Pada masa yang sama, terbitan ini menyaksikan pelaksanaan  mekanisme Syariah yang boleh diterima oleh kedua-dua pengawal selia dan Syariah.
  
Ini merupakan terbitan Sukuk Tahap 2 patuh Basel III pertama diterbitkan oleh penerbit Malaysia yang menunjukkan keupayaan negara ini dalam penstrukturan Sukuk yang merupakan produk berinovasi," katanya.  
  
Penarafan AmIslamic Bank dinaikkan kepada AA2 oleh RAM Rating Services Bhd pada November 2013 bersama-sama AmBank (M) Bhd dan AmInvestment Bank.  
  
Sukuk Murabahah Tahap 2 diberi penarafan AA3 oleh RAM Ratings, satu takuk di bawah penarafan institusi kewangan jangka panjang AmIslamic Bank, yang menggambarkan kedudukan mereka yang lebih rendah mengikut keutamaan dalam tuntutan atas kemuflisan atau pembubaran, berbanding pemiutang tidak bercagar yang lebih senior. - Bernama

 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-amislamik-terbit-sukuk-murabahah-pertama-1.255700
0 Komentar untuk " Bank AmIslamik terbit sukuk murabahah pertama "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ