LEMBAGA Pembangunan Langkawi (Lada) menyasarkan RM5
bilion pelaburan asing menjelang 2015, dalam usaha terbaru kerajaan
menaikkan ekonomi pulau pelancongan itu melalui pelan Langkawi Tourism
Blueprint 2011-2015.
Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli berkata, sehingga kini pulau itu memperoleh pelaburan asing melebihi sasaran itu antaranya bagi projek Eco Theme Park terbesar di Langkawi, hotel mewah dan pelbagai projek lain.
“Kita berharap pelan ini akan memberi manfaat kepada penduduk Langkawi dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi mereka. Kita lihat banyak restoran, resort dan hotel bertaraf lima bintang terdapat di Pulau Langkawi,” katanya.
Sementara itu, Lada juga menyasarkan tiga juta pelancong ke pulau itu menjelang 2015 dengan kerajaan memperuntukkan RM420 juta untuk menaiktaraf dan mempromosi pulau itu menjadi destinasi pelancongan utama negara.
Khalid berkata, sehingga Ogos 2013, pelancong di Langkawi mencecah 2.07 juta dan dijangka menerima RM3.8 bilion menjelang 2015 daripada sektor pelancongan seperti dalam pelan itu.
“Kami jangka jumlah pelancong akan bertambah sehingga akhir tahun nanti dan harap melepasi sasaran baru tahun depan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Promosi Domestik Explore Naturally Langkawi, di Kuala Lumpur, semalam.
Khalid berkata, kempen itu mempromosi Langkawi melalui geo-pelancongan dipadankan dengan status bebas cukai yang sedia ada.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/langkawi-sasar-rm5b-pelaburan-1.201890

0 Komentar untuk " Langkawi sasar RM5b pelaburan "