Malaysia menyaksikan satu lagi catatan baharu dalam lembaran sejarahnya apabila buat pertama kali, peletakan jawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Yang diPertuan Agong (YDPA) Malaysia ke-15 Ahad lalu.
Perkara ini tidak pernah berlaku dalam pemerintahan negara semenjak Malaysia merdeka. Memang berat bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menerima khabar ini namun begitu, semua pihak harus menghormati keputusan baginda.
Semenjak merdeka, instusi YDPA ini telah berjalan dengan tetap dan konsisten. Walaupun YDPA dipilih menerusi undian dalam kalangan sembilan raja-raja Melayu yang memerintah, pemilihan YDPA sehingga ke hari ini berlaku mengikut pusingan penggiliran yang sudah ditetapkan walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembagaan.
Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan kuasa eksekuf YDPA sebagai pemerintah tertinggi negara meliputi fungsi-fungsi Eksekuf, Legislatif dan Kehakiman negara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ini menunjukkan betapa penting dan besarnya peranan YDPA, bukan sekadar simbol perpaduan semata-mata. Instusi diraja menerusi YDPA dan Majlis RajaRaja telah menjadi tunjang utama politik Malaysia yang berasaskan Raja Berperlembagaan menerusi amalan demokrasi berparlimen.
Kedua-dua institusi memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan politik Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Malah ia menjadi sebahagian daripada identiti negara yang unik dan tersendiri, berbanding di negara-negara monarki yang lain di dunia.
Walaupun di negara-negara monarki yang lain melihat institusi diraja sebagai sumber autoriti dan lambang perpaduan, ia berbeza dengan Malaysia kerana ia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih besar dan melangkaui daripada itu.
Pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari (2008) pernah menerangkan hal ini dalam sebuah bukunya yang menyifatkan institusi diraja, terutamanya YDPA banyak bergantung kepada kebolehan dan wibawa YDPA sebagai penjaga (guardian) negara dan perlembagaan.
Malah, menurut beliau lagi YDPA boleh menjadi insurans yang dapat mengelakkan negara daripada terhumban ke dalam krisis dan ketidaktentuan. Mungkin ketika ini Malaysia masih belum menyaksikan berlakunya krisis dan ketidaktentuan yang serius sehingga memerlukan campur tangan YDPA.
Namun, sekiranya pengajaran daripada apa yang pernah berlaku di negara jiran kita Thailand ketika krisis polik dan kudeta junta satu ketika dulu sudah cukup untuk pertimbangan betapa pentingnya peranan YDPA dalam polik negara.
Ketika Thailand terjerumus ke dalam krisis politik dan kudeta junta, kewibawaan, kepintaran dan karisma mendiang Raja Bhumibol sebagai Raja Berperlembagaan berjaya mengimbangi pergolakan junta-birokrat.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan itu, salah satunya adalah kerana peranan efekf Raja Berperlembagaan yang dimainkan Raja Bhumibol dalam setiap krisis yang berlaku. Strategi politik yang pintar dan kefahaman mendalam terhadap perlembagaan negara menjadikan Raja Bhumibol pemerintah yang cekap dan berwibawa.
Baginda berjaya menggunakan orang kepercayaannya dalam kerajaan dan tentera untuk mengawal dan memantau situasi semasa dan dalam masa sama mampu melindungi istana dari kelihatan mencampuri urusan politik, baik secara langsung mahupun tidak.
Baginda juga sentiasa memastikan pengaruh dan orang baginda menguasai Majlis Diraja (Privy Council) yang menasihati baginda. Lihatlah bagaimana keakraban baginda dengan Presiden Majlis Diraja, Prem Tinsulanonda keka Prem menjadi Perdana Menteri Thailand tahun 1980-1988 banyak membantu baginda disebabkan tindakan Raja Bhumibol yang enggan menyokong kudeta tentera terhadap kerajaan Prem tahun 1981 dan 1985.
Dengan Prem mengepalai Majlis Diraja, Raja Bhumibol bukan sahaja berjaya mengelakkan Thailand dari kembali terjerumus dalam krisis polik yang serius, malah Majlis Diraja seolah-olah memberikan baginda satu ‘kuasa tambahan’ dalam perlembagaan Thailand dalam konteks kuasa Raja Berperlembagaan.
Selepas tragedi Universi Thammasat 1976 dan Black May 1992, Thailand tidak pernah lagi mengalami krisis polik yang serius walaupun selepas itu, ada dua lagi kudeta (tahun 2006 dan 2014 apabila kuasa Perdana Menteri Thaksin dan Yingluck Shinawatra dirampas oleh Jeneral Sonthi Boonyaratgin dan Prayut Chan-ocha), berlaku di Thailand.
Sebab itu setelah 60 tahun institusi YDPA wujud dan menjadi sebahagian daripada sistem politik negara, peranan dan kepentingannya tidak boleh dipandang mudah dan dipertikaikan.
Benar setakat ini YDPA masih belum mampu memainkan peranan sehebat sepertimana mendiang Raja Bhumipol di Thailand. Tetapi perkembangan politik semasa yang makin terbuka, dinamik dan agresif, peranan YDPA dijangka terus relevan dan berkembang selaras dengan kehendak semasa.
Memang masih ada mereka yang mempersoal malah mempertikaikan institusi ini sebagai tidak penting dan membazir. Namun begitu, ada jaminan bahawa menghapuskan institusi ini akan menamatkan pertikaian yang ada kerana hal yang sama juga turut berlaku dalam negara bersifat republik.
Terdapat banyak kes presiden di sesebuah negara menjadi diktator yang memeras rakyat dan membazirkan banyak wang dan khazanah negara. Terima kasih Tuanku atas sumbangan khidmat, bakti dan kasih sayang Tuanku kepada kami rakyat Malaysia sepanjang bersemayam di atas takhta. Daulat Tuanku.
* Penulis Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM)
0 Komentar untuk " YDPA tunjang utama politik negara "