Prosedur, hukum jumpa barang tercicir - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Prosedur, hukum jumpa barang tercicir


PIHAK yang menjumpai barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya perlu mengambil tanggungjawab dan amanah untuk memulangkan kepada tuannya atau menyimpan barang itu sehingga menemui pemiliknya.

Namun, andai barangan yang dijumpai itu mudah rosak seperti makanan, maka individu yang menjumpainya boleh menggunakan atau memakannya, tetapi dengan syarat bersedia membayar harga nilai barangan itu jika dituntut tuannya nanti.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Sukki Othman, berkata masyarakat tidak boleh ambil mudah dengan membuat keputusan sendiri kerana terdapat mekanisme atau kaedah menguruskan barang yang dijumpai disebabkan tercicir.

"Merujuk hukum menjumpai atau memungut barang yang tercicir, kita boleh ambil jika berasakan diri amanah serta berniat hendak memulangkan kepada tuannya. Jika kita rasa diri tidak amanah, maka jangan ambil.

🔥Sedia bayar jika pemilik tuntut🔥

"Bagi barang yang mudah rosak seperti makanan, individu berkenaan boleh mengambil dan memakannya tetapi hendaklah bersedia membayar harga makanan itu jika dituntut oleh pemiliknya.

Sebabnya, jika dibiarkan dikhuatiri barang itu akan rosak. "Pihak yang menjumpai barang tercicir perlu memastikan bentuk sebenar barangan itu, mengumumkan kepada orang ramai selama tempoh satu tahun, menyimpan jika tiada yang menuntut dan mengembalikan apabila ada pemilik menuntutnya," katanya kepada BH di sini, semalam.

Dalam kejadian di FELDA Selendang, Rompin kelmarin, beberapa penduduk menyembelih seekor lembu seberat 300 kilogram (kg) yang patah kaki akibat kemalangan selepas tiada siapa mengaku haiwan itu milik mereka.

Alasan penduduk, mereka tidak mahu membiarkan lembu itu mati kesakitan, manakala daging yang sudah disembelih itu diagih kepada orang yang melapah dan kenalan terdekat mereka

Mengulas perkara itu, Mohd Sukki berkata, sewajarnya mereka yang menjumpai lembu berkenaan mengisytiharkannya untuk mencari pemilik haiwan itu kerana setiap barang sudah pasti ada tuannya.

"Kejadian berlaku di kawasan kampung, jadi tidak munasabah lembu itu tiada pemiliknya. Namun, penduduk hendak selamatkan daripada lembu itu menjadi bangkai.

"Oleh itu, mereka yang mengambil daging berkenaan hendaklah bersedia membayar harga daging terbabit jika tuannya membuat tuntutan," katanya.

Oleh Mohd Sukki Othman

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/04/413946/prosedur-hukum-jumpa-barang-tercicir
0 Komentar untuk " Prosedur, hukum jumpa barang tercicir "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ