ENAM bulan selepas memegang jawatan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan penyerahan tugas-tugas presiden kepada mbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, sehingga satu tempoh yang diputuskan kelak.
Ramai yang terkejut kerana beliau melakukan perkara tersebut setelah muncul dalam wawancara secara langsung dengan Umno Online menerangkan satu persatu seranganserangan terhadapnya.
Ahmad Zahid mengambil kesempatan menjelaskan dua perkara utama terbabit iaitu cadangan kerjasama dengan DAP dan Umno ada hala tuju di bawah kepimpinannya. Keduadua isu ini dimainkan secara berangkai bagi menjuskasikan usaha membawa keluar wakil rakyat Umno menyertai Bersatu.
Dalam wawancara tersebut, Ahmad Zahid dengan tegas menyatakan ada rundingan dan hasrat untuk mengadakan hubungan dengan DAP, ia hanya membabitkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam tempoh dua tahun akan datang.
Penjelasan Ahmad Zahid bukanlah aneh. Ia sebenarnya sama seper sesi penerangan Seausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, iaitu Umno akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam masa dua tahun akan datang jika Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melepaskan jawatan seper dalam Manifesto Pakatan Harapan.
Nazri menyatakan Anwar sudah mendapatkan sokongan DAP dan par Sabah dan Sarawak dan Umno hanya turut menyokong Anwar. Cuma cara Nazri menjawab soalan di beberapa tempat mungkin disalah tanggap sebagai bekerjasama dengan DAP.
Jika sesiapa yang belum faham sokongan Ahmad Zahid kepada Anwar bukanlah kerana sekadar atas prinsip sahabat atau mahu mencari kedudukan dalam kerajaan.
Sebaliknya ia hanyalah untuk menyelamatkan Umno dari berkubur.
Elit polik di negara ini tahu dan faham bahawa Dr Mahathir berilzam mahu Umno dibubarkan dan ahlinya menyertai Bersatu. Slogan dan mantera beliau ialah Bersatu gan Umno.
Ahmad Zahid dak menolak apa-apa kerjasama polik, namun bukanlah dengan cara menghina dan mencerca Umno yang telah berpuluh tahun membangunkan negara ini dan menjaga kepenngan Bumiputera dan Islam.
Berbanding Dr Mahathir yang secara terbuka melahirkan kebencian kepada Umno, Anwar dak mempunyai dendam dengan Umno. Anwar juga seorang yang lebih demokrak dan terbuka. Justeru Ahmad Zahid berpandangan Umno hanya selamat sebagai par polik jika Anwar menjadi perdana menteri.
Ahmad Zahid seorang yang realis. Daripada membenarkan musuh-musuh luar melemahkan par menggunakan faktor dalaman, beliau memilih untuk mengorbankan dirinya terlebih dahulu.
Dengan pengumuman penyerahan tugas-tugas presiden kepada mbalannya, beliau menstabilkan par buat sekeka dan menutup alasan untuk wakil rakyat keluar par.
Tugas dan tanggungjawab Mohamad Hasan atau lebih popular dengan sebutan Tok Mat Hasan sangat besar sekarang. Daripada seorang pemimpin peringkat negeri ba-ba menjadi pemimpin nombor dua par di peringkat pusat enam bulan lalu.
Belum pun sempat belunjur sudah disuruh berlari. Beliau kini diberi amanah menguruskan par terbesar negara tanpa kuasa dan dana. Tok Mat perlu mencari jalan menguruskan Umno tanpa dana sedia ada.
Akaun Umno telah dibekukan, aset-aset Umno yang lain hidup segan ma dak mahu. Tentulah keutamaan beliau ialah memaskan pekerja Umno mendapat gaji seap hujung bulan.
Beliau juga perlu berhadapan dengan sikap dak sabar sebahagian wakil rakyat Umno dan broker-broker polik dalam Umno yang sedang menyelamatkan leher sendiri dari dijerut kerajaan hari ini. Mereka berlumba-lumba menyelamatkan diri berbanding menyelamatkan par.
Tok Mat Hasan bukan sahaja perlu memenuhi aspirasi ahli Umno yang mempunyai pelbagai pandangan tetapi juga sikap sebahagian pemimpin Umno yang masih dak berubah.
Wakil rakyat Umno jangan nan jadi seper peribahasa Melayu, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apa salah kita bersabar dan berisqamah dengan perjuangan. Kepada ahli Umno ingatlah pesanan Tok Mat Hasan, “jika dak boleh jadi garam sekalipun, janganlah kita menjadi langau.”
Garam digunakan oleh masyarakat Melayu untuk memulihkan pelbagai perkara. Kita menggunakan garam bagi memulihkan ikan hampir busuk kepada ikan masin yang sedap. Air garam juga sering digunakan sebagai kaedah alternaf melegakan sakit gigi, ulser mulut dan mencuci luka.
Manakala langau adalah sejenis serangga yang mempercepatkan proses kerosakan makanan atau menambah kerosakan di tempat luka.
* P e n ulis iala h P r e sid e n A n g k a t a n K a r y a w a n N a sio n alis (A k a r)
0 Komentar untuk " Cabaran Tok Mat Hasan "