“TAHUN 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara yang pertama disentuh adalah murtad ...”
Demikian ayat dalam mesej berangkai yang jadi viral sejak 10 tahun dahulu lagi. Kalau dahulu mediumnya adalah SMS atau e-mel, kini telah dinaik taraf sama ada melalui Whatsapp, Facebook ataupun media sosial yang lain.
Yang tetap tidak berubah ialah ayat-ayat yang terkandung dalamnya, termasuklah nama Saari Bustamah.
Siapa Saari Bustamah?
Jika dilihat pada nama Datuk Hashim Yahya (Atau nama sebenarnya Datuk Md. Hashim Yahaya, Allahyarham) yang turut disebut, ia adalah merujuk pada penjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Tetapi selepas Md. Hashim, penggantinya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ialah Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussain, bukan Saari Bustamah. Malah tidak pernah ada mufti di mana-mana negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang bernama Saari Bustamah.
Apa yang paling mungkin ialah individu yang menulis mesej viral itu telah tersalah dengar gelaran hormat bagi mufti iaitu Sohibus Samahah (yang bermaksud Yang Memiliki Sifat Toleransi) lalu mempercayainya itulah nama Mufti Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussain.
Jika individu berkenaan adalah seorang yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran agama yang tinggi sebagaimana dia dilihat menerusi apa yang cuba ditunjukkan menerusi mesej berangkai yang dicetuskannya, bagaimana mungkin gelaran atau panggilan hormat dan nama seseorang mufti tidak tahu hendak dibezakan?
Ini menunjukkan dia sebenarnya tidak ada pengetahuan mengenai perkara itu, malah ada kemungkinan orang yang mencetuskan mesej itu bukan beragama Islam pun.
Ironinya, kandungan mesej itu dipercayai oleh orang Islam sendiri dan terus menerus disebarkan sudah lebih 10 tahun tanpa sebarang perubahan pada ayat-ayatnya (termasuk nama Saari Bustamah).
Ghairah
Ini tidak lebih menunjukkan bahawa sebilangan orang Islam mudah atau ghairah untuk menyebarkan sesuatu tanpa memeriksa kesahihan maklumat yang disebarkan itu, termasuklah pada perkara yang paling asas, nama tokoh agama yang dikaitkan!
Seharusnya apabila ‘kejanggalan’ seperti itu dikesan, perihal maklumat yang disebarkan itu juga harus dicurigakan. Maka penyebarannya mestilah dihentikan.
Namun apa yang sebaliknya berlaku ialah mesej itu terus disebarkan tanpa sebarang rasa curiga, dan ia dilakukan oleh mereka yang berasa diri mereka punya kesedaran agama untuk melakukannya.
Bukan itu sahaja.
Sejak beberapa tahun lalu, tersebar foto berserta mesej kononnya paderi Melayu dari Singapura aktif memurtadkan orang Melayu di negara ini.
Meskipun telah diperjelaskan oleh pihak gereja bahawa dua paderi yang foto mereka disebarkan itu sebenarnya adalah paderi Paulus Toni Tantiono OFM Capunchin dari Pontianak, Indonesia dan Nicholas Stephen dari Penampang, Sabah bukan berketurunan Melayu seperti yang didakwa, kenyataan palsu mengenai mereka terus disebarkan hingga ke hari ini.
Paderi Paulus adalah berketurunan Tionghua manakala Stephen seorang Kadazandusun.
Apa yang menyedihkan, sebarang usaha untuk menjelaskan hal yang sebenar kadang kala sukar untuk diterima malah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen. Ini berlaku apabila pihak yang ghairah menyebarkan cerita-cerita palsu seumpama itu menganggap mereka yang tidak mempercayai apa yang disebarkan malah cuba untuk menafikan sebagai pihak yang kurang sensitif mengenai kepentingan agama, tidak cukup kesedaran (mengenai agama) malah cuba menegakkan benang yang basah pula.
Demikian juga halnya mengenai Persatuan Melayu Kristian Malaysia yang kononnya sudah didaftarkan dan diluluskan oleh ROS.
Selepas bertahun-tahun cerita palsu itu disebarkan dan telah terbukti bahawa tidak ada pun persatuan yang seumpama itu diluluskan oleh kerajaan, masih ramai orang yang percaya. Dakwaan palsu itu terus disebarkan lewat media sosial tanpa sebarang rasa curiga.
Apa mungkin dalam sistem pentadbiran yang begitu ketat berkaitan penubuhan pertubuhan, munasabah untuk persatuan seumpama itu dibenarkan?
Persoalannya, apa faedah cerita-cerita palsu seperti ini untuk maslahat agama?
Adakah dengan membaca cerita-cerita ini, iman seseorang akan meningkat, akan bertambah ketakwaannya?
Adakah cerita-cerita ini akan menjadikan Islam lebih cantik dan lebih dihormati, kesedaran penganutnya pula akan naik lebih tinggi?
Ataupun sebaliknya, ia hanya akan menjadikan hati kita bergundah gulana, perasaan kita huru-hara manakala kehidupan bermasyarakat akan dihantui perasaan curiga.
Malang
Lebih mendukacitakan, moral dalam diri orang Islam sendiri jatuh serendah-rendahnya. Masakan tidak apabila dikatakan saudara yang dahulunya seagama berbondong-bondong keluar meninggalkan Islam yang selama ini dipegang sebagai satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi ALLAH S.W.T.
Walhal apa yang disebarkan itu semata-mata palsu tetapi malangnya, yang jadi tukang sebar adalah orang Islam sendiri yang melakukannya kerana berasa mereka punya kesedaran beragama yang paling tinggi.
Tidak. Ini bukanlah penafian kepada realiti bahawa dalam umat kita, tidak ada langsung orang yang murtad. Apa yang dipersoalkan adalah kesan penyebaran maklumat yang tidak benar bagi keutuhan agama kita!
Harus diakui bahawa dalam masyarakat kita hari ini, begitu ramai orang yang terlalu rapuh imannya meskipun secara lahiriah, mereka beragama Islam.
Apa yang paling dibimbangi jika maklumat-maklumat yang seperti ini hanya akan menjadikan mereka bersemangat untuk melakukan sesuatu yang bersalahan dengan hukum-hakam agama, membuatkan mereka berasa mendapat sokongan untuk melakukan kemungkaran.
Ini kerana dari sudut psikologi, seseorang itu akan jadi lebih berani untuk melakukan sesuatu yang melanggar hukum apabila dia sedar ada kumpulan yang menyokong tindakannya.
Dengan itu, nampak atau tidak ‘sumbangan’ kamu yang menyebarkan cerita-cerita palsu itu kepada mereka?
Islam tidak didirikan atas pembohongan meskipun cerita-cerita bohong yang disebarkan kelihatan seperti memberi impak positif kepada Islam. Apatah lagi dengan cerita yang tidak bermanfaat malah lebih membawa keburukan seperti ini.
Musuh
Cerita bohong membabitkan penganut agama lain hanya lebih memburukkan imej Islam dalam pandangan mereka sedangkan Nabi S.A.W mengajar kita untuk bercakap benar, untuk berdakwah secara bil hal, bil hikmah dan bil hasanah, melalui akhlak yang baik, dengan teladan dan kebaikan.
Untuk menjadikan diri kita lebih beriman adalah dengan mengikuti kuliah-kuliah ilmu bukan dengan membaca dan menyebarkan mesej berangkai seperti itu. Jika kita berasa risau dengan keimanan anggota keluarga, ajaklah mereka sekali ke kuliah ilmu.
Itu yang sebaik-baiknya dilakukan!
Ketika menyebarkannya, tidakkah anda berasa untuk bertanya kepada diri sendiri: “Adakah mungkin ini kerja musuh Islam, untuk menjatuhkan moral orang Islam, menghancurkan keyakinan kita terhadap agama?”
Dalam hal mengajak pada kemungkaran, langkah awalnya ialah membuatkan mereka berasa biasa dengan sesuatu perkara. Apabila sudah biasa, mereka akan berasa tidak ada masalah untuk melakukannya, lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan ataupun kumpulan yang sependapat dan sealiran pemikiran dengannya. Setelah itu, mereka akan jadi lebih berani untuk mempertahankan tindakan mereka.
Pada peringkat itu, soal benar ataupun tidak apa yang mereka lakukan, sudah diketepikan, tidak ada dalam perhitungan!
Adakah ini yang kita mahukan?
Jika tidak, pilihlah untuk melakukan hanya yang bermanfaat untuk agama. Janganlah memilih untuk mencemarkan maruah agama akibat ketidakpekaan diri kita.

0 Komentar untuk " Murtad: Mengapa ghairah sangat? "