Sleeves & Co yakin jualan meningkat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sleeves & Co yakin jualan meningkat

SLEEVES & Co, jenama fesyen dan gaya hidup bercirikan malar hijau optimis jualannya akan meningkat pada 2016 berbanding tahun lalu berikutan bakal menembusi beberapa gedung membeli-belah Parkson dalam masa terdekat.

Pengasas dan Pengarah Urusan Sleeves & Co, Intan Hyriatee Mohd Zawai berkata, koleksi Sleeves & Co dijangka berada di Parkson sekitar Lembah Klang, Pahang, Johor dan Sabah.

Menurutnya, jenama tersebut menyasarkan untuk menguasai pasaran runcit wanita muda profesional kerana ia diilhamkan reka bentuk klasik untuk memberikan keselesaan kepada pemakainya dan berketerampilan.

“Sleeves & Co menjual pakaian melalui atas talian (online), di butik serta menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan. Kami juga mempunyai stokis di seluruh negara dan menyasarkan penambahan stokis menjelang akhir tahun ini.

“Sleeves & Co menepati kehendak wanita yang berkerjaya yang mencari gaya fleksibel dan feminin dalam pemakaian seharian dan acara tertentu.

“Sleeves & Co mementingkan kualiti produknya termasuk material berkualiti, jahitan kemas dan perkhidmatan pelanggan yang baik dan harga berpatutan,” katanya pada sidang media pra pelancaran Country Classic, Splendid Aidilfitri 2016, baru-baru ini.

Intan Hyriatee berkata, Sleeves & Co berusaha untuk mewujudkan satu dimensi baharu fesyen klasik yang tidak pernah ketinggalan zaman kepada fesyen terkini.

“Reka bentuknya diilhamkan daripada gaya klasik dan vintaj, bersesuaian dengan figura dan permintaan wanita moden. Selain Malaysia, Sleeves & Co menembusi pasaran Brunei,” katanya.

Menurutnya, jenama tersebut memenuhi keperluan golongan profesional yang mencari fesyen ringkas dan asas dengan hiasan kurung mewah dalam gaya hidup klasik.

Intan Hyriatee berkata, sempena Aidilfitri 2016, Sleeves & Co menampilkan 12 koleksi raya yang pertamanya iaitu peplum, kurung moden, kurung tradisional, gaun, jubah diperbuat daripada kain berkualiti tinggi dengan perhiasan unik serta perincian yang cantik.

“Antaranya ialah Amaryllis Peplum Ivory Peplum, Begonia Peplum Songket, Magnolia Modern Kurung, Ivy Modern Kurung, Thyme Traditional Kurung, Gentian Flowy Long Dress and Angelia Abaya,” katanya.

Menurutnya, Sleeves and Co juga menyediakan 1,000 helai koleksi raya dan menjangkakan tempahan meningkat menjelang Aidilfitri.

“Sleeves & Co juga menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi pra tempahan koleksi ini bermula 23 April sehingga 23 Mei 2016.

“Sleeves & Co juga mengadakan pertandingan foto ‘Country Classic, Splendid Aidilfitri 2016’ bermula 16 April sehingga 2 Julai 2016,” katanya.

0 Komentar untuk " Sleeves & Co yakin jualan meningkat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ